Thursday, August 13, 2009

Pengerusi Kelab Penyokong BN 'derma'10 juta pada pengerusi MCA, SPRM bila nak siasat ?




kelulut@telokbakong.com
13.08.09


Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.
Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Kini rakyat menanti kecekapan SPRM yang sebelum ini begitu efisien menyerbu pejabat pemimpin Pakatan .

Penyelewengan kuasa ' ikan bilis ' dikejar hingga kelubang cacing. Kisah ' korban' lembu pun SPRM kata " kami ada bukti kukuh " .

Reputasi SPRM akan merudum jika masih terikat dengan kuasa politik. Bertindak seperti budak suruhan UMNO agensi ini akan hilang kreadibiliti.

Tetapi setiap tindakan biarlah dijalankan secara telus .Sebagai contoh pendedahan tentang PKFZ ini bukan perkara baru.Kos nya pula berbilion .Bukti skandal telah didedahkan tapi malangnya SPRM membutakan mata .

Akhirnya yang dikejar salah guna kuasa ADUN PR .Hasilnya kematian Teoh Beng Hock memeningkan kepala SPRM .Tidak siapa mengatakan pemimpin Pakatan maksum jika benar mereka bersalah heretlah kemuka pengadilan.

Sekali lagi ditekankan tindakan biarlah adil , negara ini milik rakyat .Bukan dimiliki oleh mana- mana parti politik .

Mereka berhak mendapat maklumat.Jika dibiarkan pemimpin Kerajaan bermaharajalela membuat kesalahan maka tunggulah kehancuran negara.

Apakah ini yang anda mahukan ?

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

2 comments:

perakkome said...

10 juta yop, deme senang je bagi..
org2 kg UMNO,bingai mcm tu lagi...
mudah2an ALLAH buka pintu hati deme..org UMNO

Telok Bakong said...

salam he he UMNO pokak dan bisu

Linkwithin