Monday, August 10, 2009
Gambar besar Najib didalam premis Berhala Batu Caves, APA HUKUM ?
kelulut@telokbakong.com
10.08.09
Ketika gambar besar Anwar didirikan oleh penyokongnya disekitar Selayang riuh satu dunia . Umno dan media massa serta pemimpin mereka mengeluarkan pandangan menghentam bertubi -tubi.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, wang replika itu sepatutnya disalurkan kepada golongan rakyat miskin yang lebih memerlukannya di negara ini.
Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya Anwar serta penyokongnya melaksanakan projek-projek bermanfaat untuk rakyat.
''Dalam kegawatan ekonomi kini, saya menyeru wang dimanfaat sepenuh pada tempatnya dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata,''
Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang melihat daripada perspektif Islam pula berkata, pembinaan replika gergasi gambar tersebut adalah tidak diizinkan di sisi agama.
Menurutnya, bagaimanapun tindakan itu merupakan usaha taksub yang mungkin dilakukan oleh penyokong parti tersebut yang bukan beragama Islam.
''Mereka tidak tahu hukum dalam undang-undang Islam. Jadi, saya berharap pemimpin Islam dalam PKR dapat menasihatkan penyokong mereka agar tidak membina replika sedemikian.
''Jika telah dibina, seelok-eloknya ditiadakan,'' katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, tindakan parti PKR mendewa-dewakan Anwar itu jelas bercanggah dengan budaya rakyat tempatan.
Katanya, budaya masyarakat di negara ini sepatutnya memberi penghormatan kepada pemimpin secara sederhana.
''Adakah apabila negeri tertentu ditawan pembangkang, kerajaan tempatan turut memberi kelonggaran dalam membenarkan poster gergasi yang tidak mematuhi piawaian dibina?'' soalnya.
Kini tiba giliran Presiden Umno pula berbangga dengan patung gergasinya. Beliau juga berjanji akan hadir di dalam perayaan sambutan Thaipusan pada masa hadapan.
Kita masih menanti komen daripada TV3 , kenapa tiada ulasan tentang gambar gergasi di Batu Caves ini, gambar didalam berita hanya ditayang 1 saat sahaja?
Kenapa takut ?
' PAKU DULANG PAKU TERSERPIH , MENGATA ORANG MEREKA YANG LEBIH '
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Penulis:
KELULUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment