Thursday, August 13, 2009

Awasi trend blog tiruan untuk memerangkap pemimpin Pakatan.

kelulut@telokbakong.com

14.08.09


Pemuda DAP, Loke Siew Fook (gambar), antara mangsa fitnah ini.

"Saya tidak pernah menghasilkan sebarang tulisan yang menghina kerabat diraja, kaum Melayu ataupun Islam sepanjang hidup saya."Saya dengan tegas menafikan tuduhan bahawa saya ada menulis artikel untuk menghina Sultan Perak, Raja Nazrin.

"Saya tiada sebarang pengetahuan tentang apa jua kandungan dalam blog http://sjsandteam.worldpress.com. Satu-satunya blog saya ialah lokesiewfook.blogspot.com," kata beliau.

http://lokesiewfook.blogspot.com/2009/08/laporan-sinar-harian-11-ogos-2009.html

Ekoran itu, dia telah membuat laporan polis untuk menafikan penglibatan beliau dalam penerbitan artikel hasutan sedemikian.

Senario melaga - lagakan pemimpin Pakatan semakin hari semakin panas .Setiap kali isu dikeluarkan pasti akan diulas berjela - jela .Malah ada yang terlalu emosional seolah - olah sudah tiada jalan penyelesaian .

Kini timbul polemik penghinaan terhadap Islam dan Raja - Raja Melayu .Malah mendapat perhatian Mufti Perak .
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama Islam yang disiarkan di blog berkenaan,http://sjsandteam.worldpress.com

Jika didapati berasas, kata Najib, pihak yang terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan memandangkan kenyataan sedemikian nyata membangkitkan ketegangan antara kaum.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Penulis melihat kini ada trend baru dari kalangan parti politik yang menyerang tetapi sembunyi tangan.Mungkin juga mereka akan mencipta isu dengan membina blog kemudian membuat kenyataan kontroversi yang disengajakan.

Realitinya jelas, setiap kenyataan kontroversi yang terbit pasti akan mendapat reaksi pantas dari pihak berkuasa.Dalam masa yang sama media upahan akan memainkan isu dengan penuh sifat perkauman yang keji .

Setiap pemimpin Pakatan perlu rasional sebelum membuat ulasan .Perangkap Umno - BN ada berada disetiap posisi.

Penulis sedar tidak begitu terkejut dengan kenyataan YB Zulkifli Nordin yang begitu agresif memberi komentar berkenaan blog http://sjsandteam.worldpress.com.

Sila baca http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/biadapnya-pemuda-dap.html nampak beliau terlalu bersemangat .Tetapi bagaimana setelah penafian orang yang kena tuduh ?

Saya tidak fikir Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook begitu bodoh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Tambahan pula dia mempunyai jawatan didalam partinya.

Bukan membela Loke Siew Fook, sekadar mengingatkan mungkin suatu hari nanti blog para YB lain akan menerima nasib yang sama.

Maka rumusannya , berhati - hatilah membuat komentar, jangan lupa ' Cybertrooper ' mereka sedang berkeliaran. AWAS !

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

No comments:

Linkwithin