Thursday, December 11, 2014

PAS tetap bersama Pakatan Rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .


PETALING JAYA: PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata untuk mencapai kemenangan setiap parti perlu bekerjasama dan tidak boleh bersendirian.

"Memang PAS pernah bersendiri sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak pernah berfikir untk keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika sesi lawatan di Sin Chew Media Corporation Berhad semalam.

Tambah beliau, untuk memenangi Putrajaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu bersabar.

"Kita kena bersabar untuk mencapai kemenangan di Putrajaya, apa yang perlu dilakukan kita perlu bersama dalam semua aspek untuk mendapat sokongan semua kaum.

"Berbeza pendapat itu biasa tetapi agenda perjuangan kita sama bagi memastikan hak rakyat dibela serta memenangi Putrajaya," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu Mustafa turut meminta agar rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan secara terbuka di mana-mana media kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Kita boleh berbincang jika ada sebarang permasalah yang timbul di dalam Pakatan Rakyat, elak dari membuat kenyataan terbuka kerana pelbagai anggapan boleh dilemparkan," ulas beliau.

Turut hadir pada siri lawatan tersebut adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Nasaie Ismail dan Penolong Setiausaha Agung 2 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil. - HARAKAHDAILY 11/12/2014

8 comments:

Anonymous said...

ancukwak kamu pas...

Anonymous said...

Yang paling utama semua peminpin perlu berusaha untuk menjadikan realiti bahawa ketiga-tiga peminpin tertinggi pakatan dapat hadir untuk bermesyuarat dalam tempoh terdekat ini.Pihak Pas mesti berjanji untuk memastikan hj hadi hadir begitu juga Dap dan Pkr,mesti memastikan Anwar dan Lim kit siang hadir,sekiranya ini terjadi maka terbukti pakatan masih kukuh tetapi sekiranya ada antara seseorang peminpin yang gagal hadir akan terbukti bahawa dialah yang mencipta msaaalah dalam Pakatan,

Anonymous said...

Cakap mcm Keling Kerala.yg Sekok ni kejap sokong kejap menyanggah.

Anonymous said...

Kalau betul hendak bersama PR, mana MSU dan rakan2?

Anonymous said...

Memang betul PAS cakap berbelit...kejap nak review kedudukan dalam Pakatan, kejap sedia bersendirian, kejap nak keluar kalau "Islam" tak untung??? Untung apa? Fulus ka? Baik jaga Kelantan dan menang kat Terengganu dulu sebelum nak terus goreng sana sini........."go jump into the lake and fly kite lah" bahasa Ganu!!!

Anonymous said...


Friday, December 12, 2014
MALU BESAR ! PAS DEDAHKAN PEMBOHONGAN WAN AZIZAH ISTERI ANWAR !
Seperti dijangka, kenyataan Wan Azizah yang menunding jari kepada parti PAS telah menyebabkan kepimpinan PAS meroyan dan melenting. 


Tetapi tindakan kepimpinan PAS itu dilihat tidak bermakna kerana parti PAS masih lagi bergayut dengan parti DAP dan PKR walau pun parti PAS telah dihina teruk oleh parti-parti tersebut.

Anda baca laporan di bawah: 
Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berkomunikasi dengan rakan pemimpin dalam pakatan adalah tidak benar, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurutnya, hubungan antara parti dalam PR bukan berbentuk individu dengan individu sebaliknya hubungan antara parti dengan parti.

“Sepatutnya tidak timbul isu seperti ini kerana kita (Pas) dalam PR sentiasa berkomunikasi antara sama lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Khalil berkata, soal kesihatan yang menyebabkan Abdul Hadi tidak berkomunikasi juga tidak timbul kerana doktor telah membenarkan beliau meneruskan tugasan seperti biasa.

“Beliau telah ke Parlimen dan saya yakin sewaktu di Parlimen, beliau berjumpa dengan pimpinan tertinggi PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Cuma beliau memerlukan rehat yang cukup bagi memastikan tahap kecergasan kembali pulih selepas sakit tempoh hari," katanya yang juga anak Abdul Hadi.

Katanya, PKR dan DAP sepatutnya mencari jalan memperkukuhkan ikatan antara parti dalam PR.

“Saya berpendapat PKR dan DAP seolah-oleh tidak ada isu lain dibangkitkan sehingga sering mengaitkan isu berkaitan Presiden Pas. Seperti sedia maklum, Pas pada muktamar semenetapkan pendirian untuk terus bersama PR dan tidak akan berganjak,” katanya - SH
Kata mudah, Pemuda PAS telah mendedahkan bahawa Wan Azizah PKR telah berbohong tentang kenyataan beliau sebelum ini. Pendedahan ini semestinya telah menjatuhkan maruah Wan Azizah lebih teruk setelah pencalonan beliau sebagai Menteri Besar Selangor ditolak oleh Sultan Selangor.

Jika ikutkan kebiasaannya, Wan Azizah PKR sepatutnya sudah berhenti berpolitik kerana menanggung malu ini?

Dan dimanakah nilai dan maruah parti PAS yang kerap diperkotak-katikkan oleh DAP dan PKR tetapi parti itu masih lagi mengharapkan simpati parti-parti itu?

Sungguh memalukan!

Anonymous said...

Bodoh punya respon Timbalan Pemuda PAS. Tak kan tak faham beza bertemu mesyuarat khusus berbanding bertemu di lobi parlimen, masa sidang parlimen, kenyit2 mata, hello2 apa khabar..ada sihat ka? Itu semua komunikasi. Tapi ada komunikasi yang terlalu serius dan amat penting....bermesyuarat khusus dengan agenda khusus, kalau ikut suka nak datang...apa ke halnya...LETAK JAWATAN. Kalau di kata bodoh bendul memamg sahlah kini. Dulu taklah nak sebut bodoh tu...tu bahasa yang boleh faham geng2 ostad ni. Pi masuk UMNOlah.

UMNO PARTI PENJARA said...

....


Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
( Lihat Bukti Di Youtube )

https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE

https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04

https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0

https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg

https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q

https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4


Sabar ye Anak2 Muda Johor... Kalian perlu tabah..




Sumber Berita

>> Klik Di Sini <<






(( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??

Dakwaan BerNiat Jahat - Dakwa, Saman, Tangguh 90x. Peguam BODOH!!! ??

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agenda Jahat UMNO - UMNO Mahu Musnahkan Perpaduan PR Utk Terus BKUASA!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Generasi lama, generasi muda dan generasi baru perlu berhati2 dgn tektik UMNO sekarang yg menggunakan media mereka..

Matlamat mereka hanya satu... Mahu kekal berkuasa...

Oleh itu, mereka perlu memastikan Pakatan Rakyat berpecah agar rakyat sudah tidak percaya kpd Pakatan Rakyat lg.. ( Konon nya lah )

Jadi di bawah adalah tektik mereka yg dianggap berkesan... ( Konon nya lah )

1. UMNO akan cuba habis2an agar PAS keluar dr PR... Semua cerita mereka palsu belaka..

2. UMNO akan menggunakan Anwar habis2an sbg liabiliti PKR... Sebenarnya mereka takut dgn kekuatan Anwar..

3. UMNO yg sudah hilang pengundi Cina, akan melabel DAP mcm2... Jahat mereka tak sedar, nak kata DAP pulak jahat...


Jadi, sy mohon sgt, jgn mudah percaya dan tertipu dgn permainan jahat mereka...

Tolong ye :-)


Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<

Linkwithin