Sahabat beta Raden Al Banjari , dan beta sendiri secara kebetulan ,lahir pada 12 Mac tetapi tahun yang berbeda. Beta ditakdikan lahir lebih awal untuk melihat alam ciptaan tuhan. Raden Al Banjari ditakdirkan dilahirkan terlalu lewat. Maknanya beta entah berapa kali ganda lebih tua dari Raden Al Banjari. Oleh kerana beta lebih tua,maka Raden Al Banjari memang sewajarnya menghormati beta.
Beta tak akan tergila-gila menitahkah , Raden Al Banjari mengangkat tangan dan menyembah beta. Beta sedar , walaupun beta seorang kerabat diraja, tapi beta hanyalah seorang hamba tuhan yang ciptakan oleh Allah, Rabbul Jalil untuk menghuni bumi dengan missi (menyembah Allah dan menjauhi Taugut) yang besar ini sebelum dikembalikan kepangkuanNya.
Dipendikkan cerita,beta sesungguhnya seperti insan biasa yang setiap hari , bermentedarah, keluar masuk toilet dan kalau sihat beta tidak lupa untuk bersuka ria dengan isteri yang masih berat hati untuk memperolehi payung emas di syurga nanti.
Raden Al Banjari pun insan biasa, walaupun dia pun mungkin kerabat diraja Banjarmasin. Begitu juga dengan raja-raja lain yang masih bernafas di atas muka bumi ini pun sama saja seperti hamba tuhan yang lain. Yang membezakan seorang insan dengan insan yang lain ialah takwa. Raja di bukit, di gunung, di laut, di darat, di utara, di barat , di selatan dan di timur perlu tahu persoalan yang begitu fundemental ini.
Untuk makluman rakyat jelata sekalian , walaupun hari jadi beta yang sebenarnya sudah berlalu, tapi hari keputeraan beta disambut secara rasmi pada hari ini.
Rakyat biasa tentu tertanya-tanya mengapa beta adakan sambutan pada hari ini . Perlukah beta jawab soalan yang timbul dalam kepala otak rakyat jelata yang beta kasihi? Kalau beta kata " itu beta punya fasalah " , bunyinya terlalu kasar pulak. Oleh itu rasanya tak perlulah beta jawab.
Apa yang penting, beta dengan hati yang lapang dan tenang mengadakan sambutan keputeraan beta pada hari ini bersama permaisuri beta yang belum sanggup dimadukan dan disertai juga oleh lima orang anakanda beta secara ala kadar. Makan bihun goreng aje dan doa selamat yang ringkas.
Sesungguhnya beta tak gunakan duit rakyat walaupun sesen pun untuk sambutan hari keputeraan beta pada hari ini. Kalau beta buat secara besaran-besaran pun, beta akan gunakan duit dari poket beta sendiri dan beta akan menjemput rakyat jelata yang fakir miskin untuk bersantapan bersama-sama. Bukankah cara ini lebih afdol dan bersesuaian dengan semangat ajaran Islam yang sebenarnya?
Beta mendapat khabar bahawa terdapat raja-raja lain di atas muka bumi ini menyambut hari keputeraan dengan hanya menjemput orang kenamaan yang perut mereka sudah terlebih makan. Tidakkah mereka tahu bahawasanya, Rasulullah s.a.w tak suka amalan hodoh ini. Kalau beta bercakap tidak benar, cubalah bertanya kepada para ulamak yang sah taraf keulamakannya. Tolonglah , jangan bertanya para Mufti dari Planet Marikh. Spesis Mufti dari Planet Marikh tersebut akan berdentum dentam menjawab : "TakK BERDOSA TUANKU!!!!!!"
Lupakan soal para Mufti dari Planet Marikh . Biarkan mereka terjun dengan raja-raja mereka.
Sempena sambutan hari keputeraan beta pada hari ini , izinkanlah beta bertitah sekejab saja: "Beta, walaupun keturunan kerabat diraja Sumatra , beta tak akan duduk tinggi di atas kehendak politik rakyat. Kehendak Rakyat yang baik-baik akan beta galas dibahu beta . Sesungguhnya beta hanya mengharapkan diri beta yang hina dina ini agar sentiasa dapat duduk di bawah payung kasih sayang Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Di bawah PayungNyalah tempat beta menumpang berteduh. Semoga Allah tidak menjadikan beta seorang kerabat raja yang jahat seperti Mahararaja Firaun".
Dan sempena sambutan hari keputeraan beta hari ini, beta dengan rasa rendah diri menganugerahkan darjah kebesaran SDKA yang membawa maksud 'Semoga Dapat Keredhaan Allah ' kepada para bloggers Pro PR .
Anugerah darjah kebesaran ini didahului oleh Raden Al Banjari ,Raden Isa, Raden Jawo, Raden Baqak Hak ,dan Raden TelokBakong (TBO)
Diikuti pula , Raden Ali Maidin, Raden Ahmad Lufti Othman, Raden HaHs, Raden Mudin, Raden Cucu Mat Kilau ,Raden budak Parlimen Bgn Dth ,Raden Kopitiam Bang Nan,Raden AbdRahim Kasim. Raden Cik Lee, Raden Ibnu Hasyim (abang ipar teman), Raden Abu Saif, Raden Shalehuddin, Raden MSK, Raden Murai Senja,Raden Al Brangi, Raden Greenboc, Raden Prof Dr Hamirdin , Raden Dr Abd Wahab Arbain, Raden Hisyam Rais, Raden Mountdweler, Raden Adnan Binjai, Raden Baginda Reformasi, Raden Aduka Taruna, Raden Tok Peran aka Seladang, Raden Mamamat, Raden Manjung Mari, Raden Intan Hijau, Raden Abu Fatihah, Raden Hasbullah Pit, Raden Mr Kolumpo, Raden De'Anje, Raden Azizi , Raden Angkasanuri , Raden Muhaimin Sulam, Raden Ajijoi, Raden Tarmizi Mohd Jan, Raden Labun Kulup Sakah, Raden A-I-B, Raden Harimau Menaib, Raden Cenangau, Raden Nikhassannazmi, Raden AlHussyen, Raden koplwngout, Raden perundingperiuknasi, Raden PakKeramu, Raden Kulat Lapok, Raden Basuh Baju, Raden Fajridil Adha, Raden Sofi Wahab,Raden UdangLipan, Raden Lamputih, Raden Pak Andak, Raden Pak Utih, Raden Kassim Selamat, ,Raden Said Mirro , Raden Bongkar Sauh ,Raden Biaqpilah, Raden abangBRO, Raden Perfectwater75 dan Raden Zubli (yang blognya sudah dinaikkan taraf sebagai blog exclusive untuk orang-orang tertentu saja). Dan ramai lagi yang teman tak sempat nak masukan dalam senarai. Kalau teman ingat, teman akan masukkan kemudian.
Anugerah ini juga tak lupa beta anugerahkan kepada bloggers wanita, di antaranya: Puan Ku A Mum Of Three Mohd, Puan Ku Ummu Anni, Puan Ku Kak Chik, Cik Ku Sya-reformis, Puan Ku Ja, Puan Ku Aisyah Jamal, Puan Ku Putubambu, dan Puan Ku Waterlily. Maaflah, Bloggers wanita yang lain , beta kurang ingat sebabnya ramai sangat yang dah BERPUNYA. Ha ha ha (gelak raja)
Tak lupa beta anugerahkan darjah kebesaran yang sama kepada pembaca setia blog ini , iaitu si Raden A dan Raden Pak Oncu.
Anugerah darjah kebesaran SDKA ini , beta percaya lebih bermakna dan tinggi kedudukannya dari darjah kebesaran yang membawa gelaran Sir , Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datok yang di dikurniakan oleh raja-raja dari Timur dan Barat!!!!!!.
Bak kata Raden Isa , Pingat SDKA boleh dibawa ke kubur !!!(tambahan terkini: dalam entri asal tak ada sebaris ayat ini)
http://sheikh-telukintan.blogspot.com/
1 comment:
Salam Raden TBO,
penyiaran yang baik buat peringatan kepada semua yang berkenaan.
dan tak lupa, memang Pak Sheikh telah berbuat yang paling afdol sekali iaitu memberi ingat kepada sesama sedara seIslam. Hidup Pak Sheikh!
Post a Comment