|
gambor hiasan |
Dengar dengar cerita,Umno telah mengunakan Pegawai Daerah untuk memanggil semua pegawai Jabatan Pertanian Titi Gantong Perak untuk mendengar ceramah mereka di Komplek Pertanian Titi Gantung pagi semalam 28 Mac 2013.Tujuan nya ialah berkempen politik kepada pegawai pegawai kerajaan ini.Namun butiran sebenar kempen adalah tidak diketahui.Ada dikalangan kakitangan kakitangan yang sedar tentang keadaan politik semasa terpaksa mengambil cuti tahunan untuk mengelakkan diri dari mendengar kempen kempen tersebut.Parti parti politik sepatutnya tidak mengunakan masa kerja kakitangan kerajaan kerana masa kerja mereka sepatutnya digunakan untuk membuat tugasan tugasan yang bersangkutan dengan jabatan mereka untuk kepentingan rakyat.Mengambil masa kerja kakitangan ini dianggap sebagai suatu penyalahgunaan kuasa.Kena ada pengasingan yang jelas antara parti dan kerajaan.Ianya bukan nya suatu yang saling bertindan.
|
gambor hiasan |
Sebenarnya perkara yang sama telah berlaku beberapa bulan yang lalu.Pengetua Sekolah telah dipergunakan untuk Umno berkempen.Dalam kes ini Pengetua Sekolah sendiri telah berkempen untuk Umno di sebuah hotel di Seri Iskandar.Biasanya kempen kepada kakitangan kerajaan ini,pemimpin Umno akan mengantikan perkataan sokong Umno dengan "sokong Kerajaan".Pemimpin Umno tidak pandai membezakan antara kerajaan dengan parti politik.Ini adalah kerana kedangkalan mereka dalam mendefinasikan maksud demokrasi yang sebenar benarnya.Begitu hebatnya politik Umno/BN dalam memanipulasi keadaan.
Msinc-Tak berjumpa lagi bukti bukti kempen di hotel berkenaan.kalau dapat nanti akan dipersembahkan kepada tuan tuan.
No comments:
Post a Comment