Monday, July 7, 2008

Dari Kerajaan Pakatan Rakyat Perak buat Rakyat Perak!!





Rakyat Perak mendapat durian runtuh dari Kerajaan Pakatan Rakyat.Antara pengumunan tersebut ialah

1} Percuma air 20 m/padu bagi semua rakyat negeri Perak berpendapatan di bawah RM 750.Di jangka bermula September untuk memberi ruang kepada LAP Perak menguruskan urusan tersebut.


2} Elaun guru KAFA di naikkan RM 75 dari RM 625 kepada RM 750.

3} Bantuan RM 1000 bagi meringankan beban kepada keluarga Perak yang mempunyai anak melanjutkan pelajaran ke IPTA tempatan.Surat tawaran boleh di bawa sebagai bukti untuk menuntut di pejabat exco pendidikan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

4} Empat pilihan iaitu 30 tahun , 60 tahun , 99 tahun atau hak milik pegangan bebas bagi rakyat yang mempunyai rumah diatas tanah pajakan tersebut.


Semua pengumuman diatas adalah berdasarkan tahap kemampuan kerajaan negeri dan terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira agama,bangsa dan akidah politik demi melaksanakan manifesto Amanah,Adil,Wibawa,Telus dan Berkebajikan.


Berita TV3 asyik nak provokasi jer...mujur MB kita ni codek orangnya...

No comments:

Linkwithin