Thursday, July 10, 2008
Dato Seri Anwar isu Bala,Sumpah,Konspirasi Saiful dan lain lain isu relevan
Dato Seri Anwar Ibrahim telah berkesempatan melawat ke Changkat Jering dan memberikan ceramah penjelasan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping semalam, 5hb Julai 2008.Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 5000 orang.Antara isu yang diperjelas dan diulas oleh beliau ialah isu akuan Bala,konspirasi Saiful dan Najib,debat,pertuduhan sebagai perisik Amerika,sumpah dan lain-lain isu politik yang relevan dengan keadaan semasa.Ucapan beliau ini mendapat liputan yang luas dari media luar negara seperti Al Jazeera dan media tempatan.Sesungguhnya ucapan beliau ini amat bermakna untuk menerangkan dan menjelaskan dasar-dasar kerajaan BN yang begitu kreatif menindas rakyat jelata demi kepentingan politik dan materalistik.Kesedaran dan pemahaman yang mendalam dari rakyat adalah amat diperlukan untuk menganalisa perjalanan politik Malaysia yang semakin menuju kehancuran,sekiranya tiada langkah-langkah dari rakyat untuk merubah halatuju politik Malaysia secara total.
Sistem “divide and rule” kerajaan Barisan adalah tidak relevan dan lapok dengan kehendak dan aspirasi rakyat jelata.Politik perkauman yang dibisikkan oleh Umno,MCA dan MIC adalah merupakan duri dalam daging,api dalam sekam kepada pepaduan antara kaum.Hakikat kejadian berbagai kaum oleh Allah ialah untuk membolehkan insan saling kenal mengenal dan memahami antara satu dengan yang lain.Ucapan DSAI juga mendedahkan bahawa isu-isu sengaja direkacipta dengan pelbagai warna oleh BN,untuk mengagalkan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambilalih pemerintahan negara.
DSAI menyeru agar semua penyokong supaya terus bekerja dan memberi penerangan yang bijaksana kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional kerana sekiranya menunggu PRU 13 untuk mengambilalih pemerintahan negara,Malaysia pada ketika itu telah berada didalam kehancuran yang sukar untuk diperbaiki lagi.Perjuangan membela nasib rakyat perlu dilipat gandakan walaupun memerlukan pengorbanan yang mahal.adalah diseru kepada setiap individu atau kumpulan-kumpulan agar terus berjuang menegakkan kedaulatan rakyat demi kebaikan semua,seperti ucapan keramat Dato Seri Anwar Ibrahim kepada En.Boldlend ketika bersalaman.”Teruskan Perjuangan”ujar beliau dengan penuh pengharapan dan berkeyakinan.( Macam dia tau..tau jer perjuangan TBO nih..hi..hi..)Seruan Dato Seri ini telah menyemarakkan lagi semangat Telok Bakong Online untuk terus berjuang tanpa mengenal onak dan ranjau demi membela nasib dan kebajikan rakyat Malaysia.
Msinc.(gua pun bangga jugek dapat buat liputan disebelah Al-Jazeera tu..kira TBO ni ada gaya jugek.)
Penulis:
msinc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment