Wednesday, January 30, 2013

Ustaz Nasha.. Selamat Tinggal PAS.????


Khabarnya pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Ahli Majlis Syura PAS, badan tertinggi yang mengawal selia polisi  PAS disahkan oleh kesemua Ahli Majlis Syura PAS.Alasan pemecatan  beliau adalah kerana sering tidak menghadiri mesyuarat Majlis Syura PAS dan bertindak tidak mengutamakan Jemaah PAS dalam tindak tanduk beliau.

Selepas dipilih oleh perwakilan muktamar Nasha segera mengutarakan idea nya untuk melakukan transformasi  kepada jemaah PAS maka slogan  "rebranding" dan "repackaging" PAS agar lebih dinamik dilontarkan . Setelah sepenggal terpilih idea beliau hanya tinggal cakap-cakap sahaja..apa yang beliau buat.?.Akhirnya dalam pemilihan AJK PAS Pusat berikutnya beliau kecundang

Kawasan parlimen Bachok (YB Nasharuddin Mat Isa selaku Ahli Parlimen)juga dikhabarkan telah tidak beliau ambil perhatian pun..malah diberitakan ditegur pun dah tak mahu ambil peduli..dimana silapnya..bekas Timbalan Presiden PAS juga selaku Ahli Majlis Syura PAS bertindak sedemikian rupa.Adakah pujukan dan rayuan dunia telah menambat hati beliau atau memang UMNO sahaja yang molek dan bagus di mata beliau. Allahu'alam..Apa pun tindakan Majlis Syura PAS Pusat memecat keahlian beliau dalam badan tertinggi PAS Pusat wajar dipuji walaupun sedikit terlambat.

Telok Bakong online seperti juga penyokong dan mereka yang pro kepada PAS  telah lama mendesak agar beliau dipecat dari Majlis Syura PAS Pusat atas beberapa sebab  yang telah kami utarakan sebelum ini. Wahai pimpinan PR belajarlah  dari peristiwa ini..semoga ada hikmahnya atas  berlaku peristiwa ini. Kepada ustaz Nasha , semoga  peristiwa ini menjadikan beliau lebih istiqamah dengan PAS dan perjuangan Islam, tetapi kalau nak ikut jejak  Ustaz Nakhaei Ahmad, Dr. Mashitah Ibrahim dan lain-lain pemuka agama dalam UMNO pun dipersilakan.

Allah Maha mengetahui.


No comments:

Linkwithin