Ulasan TBO pada artikel terdahulu:
Sebenarnya memberi kad pengenalan dengan begitu mudah kepada pendatang asing tanpa sebab sebab yang kukuh dan tanpa adanya penyiasatan yang teliti dapat merbahayakan kepada keselamatan negara.Kebanjiran pendatang asing dengan ic segera mereka memudahkan negara asing melakukan pengintipan keatas negara ini.Misalnya kebanjiran pendatang Filipina di Sabah,tambahan mereka diberi kad pengenalan,akan memudahkan mereka melakukan risikan untuk pihak pihak tertentu misalnya lanun atau kumpulan militan.Dengan adanya ic ini mereka boleh melakukan pengintipan dalam masa yang panjang dan teratur.Ini menjadikan sesebuah kawasan senang untuk diserang atau ditawan.
Peristiwa pencerobohan Lahad Datu ini telah membongkar siapa sebenarnya yang merupakan penyebab utama terjadinya peristiwa ini.Apa bila kad pengenalan diberi secara berleluasa mengakibatkan keluar masuk warga asing menjadi tidak terkawal.Ini akan menghilangkan kedaulatan sesebuah negara.Kedaulatan sesebuah negara banyak bergantung kepada keboleh kawalan terhadap rakyat dan kawasan nya.Kehilangan kawalan terhadap rakyat dan kawasan dianggap merendahkan kedaulatan sesebuah negara.
Msinc-Kalau ketua nya adalah ahli UMNO,pengikut pengikutnya musti juga jadi ahli,dan mungkin ada yang jadi penganas.Cuba kita jejaki identiti setiap penganas..kita akan temui jawapannya..
Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata ‘musuh sebenar’ sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara leluasa.
“Sekarang mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh Mahathir, diberi IC.
“Yang inilah yang jadi musuh sebenar, bukan mudah hendak kenal pasti mereka sekarang,” katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Ampang Malam tadi.
Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu juga mempertikai penghantaran tentera ke Sabah dengan menaiki pesawat komersil, Air Asia.
“Pergerakan tentera pun naik Air Asia. Hendak bagi Tony Fernandez dapat duit? Komisyen? Mana pergi pesawat TUDM? Mana pesawat tentera?
“Atau spare part (alat ganti) tak ada? Enjin jet dijual? Sebenarnya, percayalah – terlalu banyak penyelewengan dan penipuan berlaku,” katanya, sinis.
Beliau juga mengulangi kekecewaannya berikutan pertahanan negara mudah bolos dan menyalahkan kegagalan risikan tentera yang mengikut telunjuk orang politik.
Hadi juga kesal kerana pimpinan negara lambat membuat keputusan hingga menyebabkan ramai anggota pasukan keselamatan terkorban.
“Perdana Menteri kelabu, (Datuk Seri) Zahid Hamidi kelabu, (Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein) tak tau hendak buat apa.
“Saya malas sentuh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, IGP (Ketua Polis Negara). Saya pun dalam sistem yang sama dulu. Tapi, terlalu ramai yang lembap, tak tau buat keputusan,” katanya./KeadilanDaily
2 comments:
Mudah-mudahan UMNO BN akan tumbang dan lenyap dari tanahair.
Nak selamatkan Malaysia....tiada jalan lain....kuburkan umno.
Post a Comment