Wednesday, March 18, 2009

Wartawan Utusan Melayu mahu boikot Sidang UMNO


Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu memberi kata kedua kepada majikannya: meteraikan perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011 menjelang jam 6 petang Isnin depan atau menghadapi piket semasa perhimpunan agung Umno yang bermula keesokannya.

Pengerusi NUJ Utusan, Amran Ahmad berkata keputusan berpiket itu dibuat oleh majoriti ahli exco kesatuan dalam mesyuarat pada 11 Mac lalu bagi memberitahu Umno, sebagai pemilik syarikat, mengenai masalah wartawan akhbarnya.

"Kesatuan merasakan rundingan antara majikan Utusan dengan kesatuan tidak akan membolehkan kakitangan menikmati hak dan kebajikan yang setaraf dengan industri, justeru campur tangan pemilik Umno perlu bagi membantu kesatuan," katanya.

Antara tuntutan NUJ Utusan bagi CA penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelasaran gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.

Kenapa berlaku begini? lidah umno pun sudah mula naik angin . Nampaknya kali ini umno diserang luar dan dalam.

"Permintaan kami ini tidak keterlaluan kerana masih di bawah pelarasan gaji kakitangan The Star dan NSTP selain Utusan diyakini mempunyai dana yang mencukupi untuk membuat bayaran tersebut kerana sedang merancang untuk membina bangunan baru berharga RM60 juta," jelasnya.
Inilah masalahnya Umno projek juta - juta kebajikan rakyat marhaen tidak dilayan sewajarnya .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

No comments:

Linkwithin