Perlantikan 2 syarikat ini adalah
kerana kerajaan tidak perlu sejumlah wang yang besar untuk menyedia,memasang
dan menyelengara sistem ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata bagi fasa pertama AES, sebanyak 14
kamera dipasang di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Perak, Lebih banyak
kamera akan dipasang di 817 'lokasi maut' dalam fasa kedua yang akan
menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini, katanya dalam
kenyataan pada pihak media.
Dengan perlaksanaan sistem ini jelas
menampakkan kerajaan mahu rakyat yang menangung sepenuhnya tanggujng jawab
diatas kadar kemalangan jalan raya yang tinggi di negara ini.Kerajaan seolah
olah cuba menyalahkan rakyat sepenuhnya.Oleh itu kerajaan merangka untuk
melaksanakan suatu kaedah yang akan menghukum setiap rakyat yang bersalah.Dalam
keadaan ini kemera akan diletak di setiap sudut jalan raya yang mana bertugas
untuk menangkap rakyat yang dikatakan telah melanggar had laju ditetapkan.
Perlu dikaji dan diselidiki dengan
jelas apakah had laju adalah satu satu nya penyebab kemalangan?.Adakah sesuatu
kenderaan yang dipandu laju adalah merupakan punca semua kemalangan
jalanraya?.AES jelas mahu mengurangkan kadar kemalangan melalui penghadan
halaju dan menghukum pesalah melalui saman yang membebankan tanpa adanya kaedah
kaedah lain untuk mencegah terjadinya kemalangan.Terdapa banyak faktor lain
yang menyumbang kepada kadar kemalangan yang tinggi.Banyak peranan kerajaan
yang perlu atau boleh dilakukan.
Antara faktor penyebab kadar kemalangan yang tinggi ialah keadaan jalanraya itu sendiri.Ada jalan yang tidak dibena dengan baik menyumbang kepada kemalangan sebagai contoh Km 31 Jalan Ipoh Lumut.Banyak terjadi kemalangan semasa hujan.Perkara ini berlaku kerana profil jalan yang tidak baik.Struktur jalan tidak dibena dengan sempurna kerana ianya tidak dapat mengalirkan air hujan dengan cepat ke tepi jalan menyebabkan air hujan bertakung ditengah jalan.Apabila kenderaan melalui jalan yang penuh air ini menyebabkan tayar hilang cengkaman dan kenderaan akan terbabas.Disini letak nya peranan kerajaan menentukan bahawa syarikat yang dilantik untuk membina dan menyelenggara jalan ini dapat menjalankan tugas mereka baik.Apakah syarikat yang dilantik untuk menyelenggara jalan Ipoh – Lumut ini,anda mesti akan tersenyum bila mengetahui jawapan nya.
Kejadian kemalangan juga berkait
rapat dengan bentuk,profil,struktur tapak dimana satu satu jalan raya
dibina.Malaysia mewarisi struktur jalan yang diwarisi oleh penjajah
British.Setelah 55 tahun merdaka struktur dan profil ini tidak banyak berubah
terutama dijalan jalan lama.Terlalu banyak selekoh tajam dan keadaan jalan yang
tidak rata.Banyak kawasan yang jalan raya nya berlubang lubang tanpa ada
tindakan untuk diperbaiki.Semua ini menyumbang kepada kemalangan jalan
raya.Tapi apa yang boleh dilihat kerajaan cuba menyalahkan rakyat untuk setiap
kemalangan yang terjadi.Seolah olah kerajaan tiada peranan dalam perkara
ini.Dari khabar khabar yang diterima menyatakan banyak peruntukan telah
tersalur ke Sabah dan Sarawak,untuk membuat jalan jalan baru di sana.Ini
menyebabkan jalan jalan di Semenanjung Malaysia sedikit terabai.
No comments:
Post a Comment