Monday, October 22, 2012

Kedai Tain 3T Kembali Lagi




                   Ingatkah anda kepada pelakon yang memegang watak Imam didalam drama bersiri terkenal Tain 3T?Drama yang menampilkan kumpulan lawak Senario pernah menjadi drama yang digemari suatu ketika dahulu.Turut menampilkan beberapa pelakon terkenal seperti Fauziah Nawi ,Kazar dan Sheila Rusly memaparkan dan menyelongkar pemasalahan  masyarakat di Perak Tengah dengan suasana yang sinis dan santai.
                  Dalam drama tersebut telah menampilkan seorang anak tempatan Telok Bakong iaitu Encik Zambri Mohd Yatim (Ree Kasu) yang memegang watak Iman didalam drama tersebut.Peranannya sebagai Imam merupakan suatu watak yang menjadi orang tengah dalam menyelesaikan sebarang kekalutan yang berlaku.Watak ini juga banyak memberi  tunjuk ajar dan perangsang kepada Tain (Wahid Senario) untuk menempuhi kehidupan yang mencabar.Kebanyakkan lokasi pengambaraan untuk drama ini adalah disekitar Telok Bakong ,Kg Tua Batu 16 dan di Pekan Parit.Encik Zambri sebenarnya ‘orang lama’ dalam perfileman negara.Beliau pernah memegang watak didalam filem Bukit Kepung dan Driver serta berlakon dalam puluhan drama tempatan.


                  Mengambil inspirasi dari tajuk drama ini, Encik Zambri telah mengambil inisiatif untuk menamakan gerai beliau dengan nama “Gerai Tain’.Antara yang menjadi menu utama kedai makanan ini ialah Chakoi atau nama lainnya ialah Koi Panjang.Chakui ini pada asalnya adalah sejenis makanan kaum cina namun sesuai dengan peredaran zaman,makanan ini telah digemari oleh semua golong di Malaysia.Gerai Tain ini amat terkenal dengan chakoinya yang lazat dan boleh dimakan bersama sama dengan kuah kari.Menu lain ialah kueh bom.Pada hari perayaan pula Encik Zambri akan menyediakan lemang sebagai menu biasa.
                Kepada pengemar koi chakoi dan koi bom,bolehlah singgah ke Gerai Tain ini untuk menikmati hidangan yang lazat serta murah ini.Gerai Tain ini terletak di Kg Padang Changkat (berhampiran dengan Masjid sebelum sampai Hospital Changkat Melintang).Waktu perniagaan adalah dari pukul 4.00 petang hingga pukul 7.00 petang.Silalah datang menjamu selera beramai ramai,bawalah keluarga anda bersama.

Msinc -Ternanti nanti kalau kalau Jinggo nak buat Drama Tain 3T yang baru.Diharap semua pelakon asal dapat ikut serta.Amat minat dengan watak Kazar yang selamba tu.Tain 3T ni suatu drama yang baik kerana ia menyelitkan nilai nilai kekeluargaan dan kemanusiaan ,disamping turut mengutarakan kepincangan kepincangan yang berlaku didalam pemerintahan negara.Kalau anda pernah ikuti drama ini,anda akan faham apa yang dimaksudkan.

5 comments:

Unknown said...

ate bape duit koi cakoi ni yop

Telok Bakong said...

morah aje dalam 5 kupang jer..kalau udah rase sekali...rase ken lagi..lagi...sile ler berkunjung...teman buat artikel ni atas permintaan dari tuan kedai.Dia nak mempromo kedai nye di alam ciber..

cucukerinci said...

aje yg beno kome....tok imam punye koi cakoi nye sedap .....dia sorang yg muatnye....besole untungnye yop....dia tokeh dia kuli...

Telok Bakong said...

dulu chakoi ade dijual kat kedai kulop ayor depan spita..sekarang ni tak de jual daah..so bolehlah menjamu selera di gerai tain ni...

Unknown said...

InSyAllah klu ade pluang teman balik msia n balik teluk bakong akan teman singgah

Linkwithin