Untuk mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya,cara cara yang bersifat menghukum
selalunya akan kurang berkesan atau sementara sifatnya.Kerajaan
sepatutnya mengambil langkah memberikan banyak didikan kepada masyarakat untuk
menjadi pemandu yang baik.Promosi dan ceramah ceramah kesedaran keselamatan
jalanraya patut menjadi agenda utama kerajaan yang memerintah.Rakyat perlu
diisikan dengan maklumat yang betul dan cukup dalam menangani permasalah
ini.Kerajaan juga perlu mengadakan jalan yang baik dan sempurna.Penurunan atau
permansuhan tol juga boleh dilakukan untuk membolehkan rakyat mengunakan jalan
yang baik dilebuh raya.Jalan jalan lama hendaklah dibuat penstrukturan baru dan
dibina dengan sempurna tanpa adanya selekoh selekoh tajam dan jalan yang tidak
rata supaya ianya bersesuaian dengan kehendak zaman yang serba pantas ini.Syarikat
syarikat yang dilantik mustilah berkelayakan dan mempunyai pengalaman dalam
bidangnya. ( MUSTAHAK: TIDAK BOLEH MELANTIK SYARIKAT KRONI)
Sebelum melaksanakan polisi,dasar
atau sistem yang melibatkan rakyat,kerajaan mestilah mengambil peranan untuk
mendapatkan maklumbalas, mendidik, kajian, menghebahkan dan lain sesuatu perkara dilaksanakan.AES
menampakkan bahawa kerajaan melaksanakan sesuatu dalam keadaan tergesa gesa
tanpa adanya perancangan yang rapi.Kejayaan sistem ini dalam mengurangkan kadar
kemalangan di negara lain bukan lah suatu jaminan bahawa sistem ini akan
berjaya di Malaysia.Kejayaan nya akan banyak bergantung kepada sosio budaya
masyarakat setempat.
Penerimaan masyarakat juga penting
supaya tindakan ini dianggap suatu tindakan yang sah dan berasas dari suatu
kerajaan yang dilantik oleh rakyat.Namun setelah beberapa jangkamasa sejak
sistem ini dilancarkan,masyarakat mula menganggap sistem ini membebankan serta
mengandungi banyak agenda agenda tersembunyi yang dirangka oleh pihak pihak
yang berkepentingan.Rakyat rata rata nya benar benar marah kerana mereka
beranggapan tiada maklumat yang secukupnya sebalum kerajaan melaksanakan sistem
ini.Ramai yang terkejut dan terpingga pingga bila mengetahui kerajaan sudah pun
melancarkan AES pada September yang lalu.Kedaan kecelaruan ini ditambahi dengan
hakikat bahawa bayaran saman minimum adalah RM 300.Walaupun JPJ telah
menyatakan bagi setiap gambar yang diambil ianya akan disesuaikan dengan
kenderaan atau lain lain dokumen sebelum saman dikeluarkan,namun rata rata
orang ramai berpendapat akan berlaku banyak kesilapan dan kecuaian terhadap
saman yang dikeluarkan.
Sesungguhnya Kerajaan
Umno/BN telah mengambil langkah tidak popular menjelang kelenyapannya.AES ini
telah membuka luang untuk Pakatan Rakyat terus berusaha untuk memenangi hati
rakyat.Mengapakah langkah tidak popular ini diambil oleh Kerajaan BN dsaat saat
ianya nya perlu mendapat sokongan dari rakyat?.Tiada alasan lain selain ianya
adalah merupakan tanda tanda UMNO telah menyerah kalah dan terpaksa membuat
langkah langkah yang perlu untuk meneruskan kesinambungan UMNO menerusi projek
projek yang mana dapat membantu Umno meneruskan perjalanannya sebagai
pembangkang sementara mengintai gintai peluang menjadi kerajaan semula di PRU
14.
No comments:
Post a Comment