Tuesday, February 10, 2009
UMNO perjuangkan kedaulatan atau peralatkan Sultan ?
kelulut@telokbakong.com
10.02.09
Peristiwa enggan lepas jawatan di Perak bukan pertama kali berlaku dizaman Dato Seri Mohd Nizar Jamaludin.Janganlah kerana beliau bukan berparti UMNO maka dia digelar penderhaka , boneka, dan pelbagai lagi . Malah perhimpunan pemuda UMNO yang diketuai menantu Pak Lah sanggup membakar poster gambar Ir Nizar .
Rekod membuktikan ,sejarah enggan lepas jawatan di Perak juga bermula dari bapa mantan Menteri Besar Perak DS Tajol Rosli .Beliau merupakan ahli umno berjawatan Menteri Besar ketika itu.
Peristiwa itu berlaku pada 1974 .Tidak ramai yang tahu apatah lagi pemuda - pemuda UMNO yang diimport dengan bas dari beberapa buah negeri .Mereka memekik Nizar Penderhaka malah membuat cadangan agar Nizar dilucut gelaran dan dihalau dari negeri perak .
Waraskah mereka ini ? Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar ditahan dibawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan.
Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan oleh Sultan ditarik balik dalam erti kata lain dilucutkan segera kerana didakwa kononnya menderhaka pada Sultan.
Apalah dihebohkan sangat tentang anugerah .Perangai ugut mengugut sudah jadi darah daging orang UMNO .
Inilah wajah sebenar Umno, setelah segala jentera , kewangan , media, agar dikerah siang dan malam dengan harapan sokongan rakyat kembali padu .Ternyata sia - sia .
Perancangan untuk menjatuhkan kerajaan PR perak adalah dipercayai dirancang secara halus . Cita - cita mereka untuk mengheret Istana Kinta agar terbabit secara langsung semakin terserlah .
Umno mengangap Raja dan sultan adalah in benteng paling ampuh bagi mereka . Berselindung di sebalik kuasa sultan .Mereka sering melaungkan para sultan adalah benteng umat melayu .Ya, kita tidak nafikan itu dahulu tapi kini rakyat dapat membezakan .
Percayalah ! benteng ini adalah kubu terakhir mereka dalam menghadapi gelombang perubahan rakyat.Jika rakyat sudah bertambah mual dengan gelagat mereka disaat itu imej sistem monarki juga akan tercalar .
Mereka bangga melaungkan bahawa umno lah yang mempertahankan kedaulatan Sultan.
Tetapi mereka lupa bahawa rakyat bukanlah sebodoh yang disangka.
Malah berbangga dengan hebatnya Hang Tuah yang melulu terhadap perintah .
Apakah mereka sedar bahawa mitos Hang Tuah itu tidak pernah wujud ? Apakah demi membuktikan setia hingga sanggup bersandar kepada kisah dongeng ?
Umno bukan penjaga daulat tetapi suka memperalat .
www.telokbakong.com
Penulis:
KELULUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment