kelulut@telokbakong.com
9.06.09
Muktamar Pas 55 sudah berakhir calon yang menang sudah dinobatkan.Calon yang kalah menanti jawatan baru.( jika terlantik ) .Namun begitu rumah sudah siap, pahat masih berbunyi .
Isu besar yang melanda bukan masalah siapa menang atau kalah. Agenda kerajaan Perpaduan itulah yang menjadi masalah .Semacam mahu meneruskan Agenda tersebut maka, calon yang menang sebagai Timbalan adalah orang harapan yang menghubungkan jambatan itu .
Kesan dari 'hubungan sulit ' ini ahli parti dan penyokong Pakatan tersentak .Malah ada kelihatan tokoh besar didalam Pas pun menentang secara terang - terangan .Natijahnya Pakatan mula bergegar . Soalan terpaksa dijawab berhati - hati .Kini saling curiga mencurigai .
Ada laporan yang mengatakan bahawa ini adalah permainan UMNO . Dakwaan orang bernama Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010 yang menjadi tok dalang langkah politik beberapa orang dalam PAS?
Langkah politik itu pula didakwa bertujuan melunakkan pendirian ahli-ahli PAS terhadap Umno sehingga bersedia berkerjasama dengan parti itu atas dasar memilih darurat yang lebih ringan atau akhafud-dharurain.
http://penarikbeca.blogspot.com/2009/05/saya-sokong-cadangan-dr-harun-din.html
Kita setuju kerana itu atas hujah agama.Kerana selama ini pun kita menentang Umno juga berdalilkan hujah quran dan hadis ? .
Tetapi persolannya kenapa setelah menjalinkan perjanjian dengan Pakatan Rakyat kita merangkak kedalam khemah musuh ? .
Makanya UMNO yang mendapat modal baru untuk melanyak PR .Kini media massa telah bersiaga untuk melancarkan proganda perpecahan Pakatan Rakyat .
Tunggulah nanti hari PRU13 berbuihlah mulut pemimpin Pakatan menjawab soalan cepu emas.
Umno tidak akan berdiam diri .Mereka buat masa ini tidak mampu untuk menentang Pas secara terbuka .Umno sedang luka parah .Hanya menanti luka sembuh .
Umno merancana bagaimana mahu melemahkan Pas .Pertama hilangkan kepercayaan pengundi bukan melayu .Kedua cuba buktikan Pas juga seperti UMNO .Sekaligus mahu sokongan rakyat secara total.
Saingan politik yang berpotensi boleh mengantikan mereka adalah Pas. Sudah pastinya parti inilah yang mahu dibaham .PKR sebuah parti campuran dari segi ke"melayuan"nya masih milik Umno - Pas .PKR adalah saling melengkapi dengan Pas.
Teorinya PAS harus dipisahkan daripada Pakatan.Ini jelas bagaimana mereka melaga - laga kepimpinan Pakatan .Tanpa disedari oleh sebahagian pemimpin PAS .
Dengan kekalahan Husam dan pimpinan kelantan akibat sokongan akhbar perdana termasuk blogger Jamnapari .Yang telah berjaya memperdaya ahli Pas .
Kepimpinan TGNA di momokkan kononnya telah merosot .Malah dikatakan telah ditolak hanya kerana beliau menentang kerajaan Perpaduan .
Inilah kejayaan besar UMNO , mereka berjaya menggunakan ahli PAS UNTUK MELUMPUHKAN PAS KELANTAN .Seantaro dunia faham bahawa Kelantan adalah nadi kekuatan Pas selama hampir dua dekad .
Hatta Trengganu yang majoritinya orang melayu , Pasnya sarat dengan pemimpin besar disana masih gagal memenangi hati rakyat yang bernegerikan bumbung stadium yang runtuh itu .
Pemimpinnya adalah Nik Abdul Aziz yang kini dikatakan telah dinasihati oleh penasihat sesat .Ini adalah perang saraf yang telah menjalar kedalam darah sebahagian orang PAS.
Malah ada pimpinan pemuda didalam usrah mengajak jemaah berdoa agar TGNA cepat mati .Kononya untuk mengelakkan fitnah .
Rumusannya perang saraf UMNO telah berjaya memporak perandakan pertahan PAS.Mungkin ada yang menafikan , itu terpulang kepada analisa sendiri .
Kepimpinan Pas sekarang didalam keadaan serba salah , Pemuda Umno mula mengasak dengar khabar YB Nasa tidak hadir program Awani bersama Khairy , yang menjadi mangsa Mujahid mujurlah YB Parit Buntar itu bijak berhujah .
JIKA SAYA BERTANYA BOLEHKAH BANGKAI GAJAH DITUTUP DENGA NYIRU ?
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
1 comment:
Memang Allah tidak menggalak kan kita membenci orang lain, tetapi apakan daya, buat masa ini saya rasa amat benci pada Haji Hadi dan Nasaruddin. Perasaan ini cuba saya pendamkan tetapi tak berjaya.
Begitu juga perasaan sayang dan hormat pada Tuan Guru Nik Aziz.
Jadi saya menggambil keputusan tidak apa yang boleh saya buat kecuali menerima sahaja perasaan ini, kerana Allah lah yang menanamkan perasaan ini kedalam qalbu saya.
Post a Comment