Friday, April 17, 2009

Jangan musuhi kepelbagaian idea & strategi didalam Pas .


kelulut@telokbakong.com

17.04.09



Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat


Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.


Pengajian :

Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut

Universiti Deoband India

Universiti Lahore Pakistan

Universiti Al Azhar

Sarjana Muda bahasa Arab




Untuk menjadi matang perlu kepada pengalaman. Jika mahukan kecemerlangan, perlukan kepada ujian .Begitu juga organisasi kepartian jika mahu terus relevan harus ada sikap keterbukaan didalam pentadbiran .


Tidak siapa mampu menafikan kejayaan Pas didalam mencorak pentas politik negara .Tetapi itu bukanlah bermakna Pas harus terus centric kepada acuan percaturan politik yang tidak boleh dicabar .


Kejayaan Pas setakat ini adalah hasil daripada kepelbagaian idea dan tokoh sebelum ini.Pas berjaya menghidupkan demokrasi didalam parti tanpa melibatkan rasuah politik dan sebagainya .


Menjelang Muktamar Pas yang akan berlangsung Jun ini sudah terbit pelbagai istilah yang dicurigai tujuannya .


Gerakan Erdogan, Anti ulamarisme , Pro Muqabalah,Pro TGNA , Pro TGHH dan pelbagai macam label .Kenapa ini semua timbul ? .

Persoalannya bilakah para pelabel ini' membedah dada ' hingga boleh menelah isi hati orang lain .Politik itu bersifat berubah kaedah tindakanya .Taktik zaman 50an tidak lagi berkesan pada alaf milenium .

Didalam Pas tiada rasuah politik ,yang subur hanyalah idea , strategi , keikhlasan , khilaf pandangan . Ianya bukanlah ancaman kepada parti inilah yang harus difahami .


Didalam pemilihan Saf kepimpinan baru pada jun ini adalah sebagai langkah penyediaan kepimpinan yang mantap . PRU 13 dijangka akan menyebelahi Pakatan itu ramalan .Jika peneraju Pas gagal berfikir dan bertindak secara wajar segalanya akan tinggal impian .


Berfikirlah seperti orang yang boleh bertindak . Dan bertindaklah seperti orang yang boleh berfikir .


Didalam sirah Nabi SAW pun pernah tercatat bahawa sahabat pernah bertanya ketika didalam mengatur strategi peperangan .Apakah cadangan Nabi itu wahyu ataupun pandangan baginda ?

Dalam sesetengah keadaan nabi berkata itu pandangan baginda , maka sahabat pula mencadangkan PENDAPAT YANG PALING SESUAI .

Jika kita didalam jemaah pula apabila bersaing pandangan maka apakah itu suatu dosa ?


Kepimpinan Pas tidak perlu pemimpin cerdik tetapi yang paling cerdik !

Tidak hanya alim tetapi yang paling soleh .


A SMALL LEAK WILL SINK A GREAT SHIP !


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

No comments:

Linkwithin