Monday, April 13, 2009
Kabinet baru dibayangi Tun Mahathir: AMK
TELUK BAKONG - Kabinet baru di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat dibayangi oleh bayang-bayang Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, demikian kata Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendi Hashim.
:Menurutnya, pada kebiasaannya apabila seseorang itu memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, secara automatiknya dia akan tercalon untuk memegang jawatan dalam Kabinet.
:“Tetapi apa yang sebalik::nya berlaku ialah, Ketua Pemuda UMNO iaitu Khairy Jamaluddin tidak termasuk dalam barisan Kabinet tersebut, apa yang berlaku ialah calon yang kalah semasa pemilihan baru-baru ini pula dilantik sebagai menteri iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
:“Ini menunjukkan bahawa barisan Kabinet yang baru dilantik itu dibayangi oleh Tun Dr Mahathir,” katanya ketika ditemui semasa majlis kesyukuran meraikan kemenangan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Bukit Gantang.
:Faizal berkata, rakyat harus menilai sendiri bahawa UMNO bukanlah parti yang memenangi hati masyarakat lain.
:“Penubuhan Satu Malaysia seperti yang digembar-gemburkan oleh Datuk Seri Najib agak susah untuk direalisasikan kerana UMNO sendiri suka memainkan isu berkaitan perkauman.
:“Sebagai contoh, semasa pilihan raya juga mereka selalu mengutarakan mengenai isu perkauman supaya ia menjadi perhatian semua pihak.
:”Isu perkauman tidak boleh lari daripada parti berkenaan walaupun mereka sering berselindung dari masalah tersebut,” katanya.
:Menurutnya, janji UMNO untuk melantik Timbalan Menteri kedua juga hanyalah omongan kosong semata-mata.
:“Perkara itu mungkin tidak berlaku dan mereka hanya ingin menarik perhatian bangsa lain sahaja untuk menyokong UMNO,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/perak/content/story2651806.asp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment