Sunday, April 19, 2009

Muktamar Pas : Jangan lupa calon muslim bukan melayu

Pas kini lihat telah berjaya menarik perhatian golongan bukan melayu untuk memberi undi . Jurang curiga non muslim terhadap Pas yang selama ini dianggap sebagai ekstremis agama sudah semakin sempit .

Pendekatan Pas yang tidak hanya mementingkan ' kosmetik' telah menampakkan hasilnya .Nilai agama yang ditonjolkan pasti boleh diterima . Kerana Islam itu bersifat fitrah .

Inilah kesannya apabila ' buat serupa bikin ' . Saya pernah didatangi oleh seorang cina PKR yang merungut apabila memikirkan segelintir ahli mereka .

Ketika asyik kami bertukar pandangan tentang krisis politik perak . Dengan spontan dia berkata ; " orang pas juga bagus tidak tipu orang " ! tetapi saya membalas ; " bukan semua bro ' ! dijawabnya kembali tapi sekarang masih ok la...katanya dengan bangga .

Inilah hasil pentarbiahan , itulah rumusannya .Telah banyak saya perkatakan sebelum ini Pas ada 'bahan mentah ' cuma ruang untuk pemasarannya masih lemah .

Islam dan perjuangan tidak hanya dibatasi oleh sesuatu kaum sahaja . Bayangkanlah jika melayu yang diasuh boleh memikat non muslim . Bagaimana impaknya jika non malay yang muslim berada didalam saf kepimpinan Pas ? .


Pimpinan peringkat pusat perlu melakukan perubahan dengan membawa masuk golongan muslim bukan melayu .Tokoh - tokoh seperti YB Idham Lim , Anuar Tan sudah boleh diketengahkan . Tokoh dari kaum India Muslim agak ramai .Tetapi Pas kenalah rajin ' meminang ' calon - calon yang berpotensi .

Untuk Sabah dan Sarawak juga boleh diusahakan walaupun agar sukar . Golongan yang dari suku kaum pribumi ' revert' bolehlah diberi ruang .


Pas jangan terlalu bergantung kepada sokongan non muslim dari parti lain terutama pemimpin mereka . Pas sebenarnya mampu melakukan tranformasi , reformasi demi masa depan parti .

Keputusan tentang keahlian bukan melayu pun masih belum selesai . Kelab penyokong menunjukkan prestasi yang baik . Harapannya biarlah ada kemajuan serta perkemaskan lagi organisasinya .


Harapan mahu melihat pas sebagai parti yang tidak ' terlalu melayu ' . Kerana Islam bukan hanya untuk ras yang satu .

Kesannya hanya akan terlihat apabila ada perancangan dan tindakan . Bukan laungan retorika sepanjang masa .


Bayangkanlah jika kepimpinan Pas dari pelbagai kaum bagaimana impaknya ?


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

No comments:

Linkwithin