Tuesday, April 21, 2009

Bukan semua ahli politik adalah agamawan, bukan semua agamawan ahli politik .

kelulut@telokbakong.com

20.04.09

Arena politik bukan semudah yang yang disangka. Sepak terajang , taktik serang undur , cantas mencantas adalah asam garam perjuangan .

Pendekatan politik adalah berbeza mengikut keadaan .Didalam politik tiada musuh yang berkekalan. Dan kasih sayangnya pula sesuatu yang tidak pasti .

Kebiasaannya yang sering kelihatan adalah politik antara parti .Setelah selesai antara parti , 'drama' politik didalam parti pula yang menjadi teka - teki .

Umno sudah selesai memilih pemimpin mereka . Maka biarkanlah mereka mencorak apa warna yang mereka kehendaki .Politik umno tidak seunik parti Pas .

Didalam UMNO tidak ramai agamawan. Malah menjadi rungutan perwakilan umno kerana parti itu tidak diminati ulama .Maka tidak menghairankan jika umno sepi dari hidayah .

Pas pentas politiknya unik kerana kepelbagaian golongan, idea . Tunjang Pas adalah Islam perjuangan mereka tidak pernah menjual prinsip .Yang nampak sedikit 'celaru ' hanyalah persoalan pendekatan .Bukanlah sesuatu yang serius .

Didalam Pas dikatakan terdapat dua kelompok besar . Pertama golongan agamawan yang kebiasaannya lahir dari latarbelakang pendidikan agama secara formal . Manakala yang keduanya adalah golongan profesional yang cenderung kepada Islam .

Didalam menempuh politik semasa adunan kedua - dua kelompok ini adalah sangat berkesan .Malah akan mendapat kekuatan yang luar biasa jika dapat digembeling secara maksima .

Perlu diingat pentas politik Islam bukan jalan mudah mencari kekayaan , populariti dan segala macam habuan duniawi.

Bukan semua orang ahli politik boleh mengaku semahunya bahawa mereka adalah ahli politik. Dan bukan semua agamawan pula boleh mendabik dada. Bahawa merekalah sahaja yang mampu menjalankan politik Islam .

Asas agama , ketajaman pemikiran , semangat juang yang tinggi serta memahami keadaan semasa adalah kelebihan .Politik kini tidak hanya pandai pidato berapi - api tapi kosong isinya. Politik memerlukan kupasan isu secara ilmiah dan benar . Contohnya jika membicarakan hal perekonomian .

Muktamar akan memilih kepimpinan yang baru . Provokasi secara halus sudah mula berjalan . Perang saikologi sudah meresap sehinggakan TGNA sudah ada pencalonan untuk jawatan Presiden . TGHH pula berlapang dada jika ada persaingan sekaligus menarik balik cadangan kerajaan campuran idea beliau .


Apakah persaingan ini akan berlaku ? Penulis menjangkakan ia mustahil , kerana yang sebenarnya ada usaha untuk meletakkan calon agamawan untuk menjadi pesaing TGHH .

TGNA hanyalah calon 'provokasi ' untuk mengejutkan ahli agar peka terhadap isu semasa .

Percayalah ini sesekali tidak akan melemahkan PAS . Tindakan drastik harus dilakukan jika mahu terus relevan dimasa- masa hadapan .


Bagi mereka yang memilih nanti , undilah secara rasional kita bukan memilih antara baik dan jahat. Tetapi antara tepat dan kurang tepat .( orang yang dipilih ) .


Maka tafsirkahlah " Bukan semua ahli politik agamawan, bukan semua agamawan ahli politik " .


www.telokbakong.com


www.telokbakong.blogspot.com

1 comment:

sheikh teluk intan said...

Salam TBO,

Politik berdasarkan demokrasi barat memang begitu. Tidak ada musuh yang berkekalan. Sedikit sebanyak pemain politik dalam suasana sekarang terpaksa menganut sedikit sebanyak pusing dan konar barimg. Atau dipengaruhi oleh ajaran mechievelli.Tapi demoraasi acuan barat ini buat sementara ini, inilah wadah [perjuangan yang ada.

Mengenai pemilihan Pas ,mmg patut ada sedikit rombakan kepimpinan, tapi teman berpendapat TGNA, perlu dikekalkan sebagai Mursyidul Am, kerana ianya adalah jawatan yang tertinggi dalam Parti. Yang perlu diperbuat ialah menguatkan istitusi Mursyidul Am.

Oh ya, teman secara tak sengaja terpadam menyebut nama blog TBO. Maafkan teman. Teman dah letak naik ke atas satu baris dengan Al Banjari. Mike tau, pengunjung ke blog teman banyak sekali datang dari blog mike.

Dan satu pekara lagi, kalau datang ke KL, koling teman. Teman tak berapa sihat untuk perjalanan jauh. Mungkin kita boleh fikirkan untuk bergabung tenaga mengeluarkan album muzik untuk digunakan dalam mengerakkan perubahan minda rakyat, terutama para remaja.

Salam perjuangan dari teman

Linkwithin