Thursday, August 20, 2009
Kartika terkilan hasrat disebat di khalayak ramai tidak kesampaian
PETALING JAYA: Hasrat model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, untuk menjalani hukuman enam sebatan di hadapan khalayak ramai kerana didapati bersalah meminum arak tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan memerintahkan hukuman itu dilaksanakan di penjara.
Kartika yang dipetik daripada laporan sebuah akhbar tabloid tempatan hari ini berkata, dia berasa terkilan kerana hasratnya untuk dihukum di khalayak ramai termasuk di hadapan media bagi memberi pengajaran kepada masyarakat tidak dapat dilakukan.
"Saya terkilan kerana hukuman tidak dilaksanakan di khalayak ramai seperti saya inginkan. Apa pun, saya boleh menghela nafas lega kerana hukuman itu akan dilaksanakan.
"Saya akur keputusan mahkamah menetapkan hukuman dilaksanakan di penjara walaupun niat saya tidak kesampaian," katanya yang dipetik daripada laporan akhbar itu.
Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman enam sebatan secara syariah kepada ke atas Kartika di Penjara Wanita Kajang selepas dia mengaku bersalah meminum arak di Cherating, dekat Kuantan pada 11 Julai lalu.
Mahkamah memerintahkan ibu kepada dua anak ini ditahan berkuat kuasa 24 Ogos ini bagi tempoh tujuh hari untuk pelaksanaan hukuman itu.
Kartika berkata, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menerima hukuman dan menganggap ia sebagai balasan terhadap dosa besar yang dilakukan dan telah memalukan orang tuanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam ramadan al mubarak
salam..
saff & ahli PAS perlu mendekati Kartika utk memberikan bimbingan & motivasi kpdnya agar tidak mengulangi kesilapan yg sama lantas menyedari kewajipannya sbg seorg muslimah
salam kembali PakKARAMU..semoga sihat selalu
Post a Comment