Penganjur ceramah Ustaz Azhar Idrus iaitu Kariah Masjid Lama Kg Gajah baru baru ini gusar kerana permohonan permit mereka untuk mengunakan stadium Kg Gajah tidak dibenarkan kerana ada pihak pihak 'tertentu" terlebih dahulu dikatakan akan mengunakan stadium berkenaan untuk menganjurkan konsert hiburan.Ceramah UAI ini diprogramkan untuk diadakan pada 24 hb Feb 2013.Sebenarnay Pekan Kg Gajah kekurangan kawasan yang luas untuk menganjurkan program yang melibatkan orang ramai.Oleh itu stadium adalah tempat yang dianggap paling sesuai.Oleh kerana stadium telah digunakan maka penganjur telah menghadapi masalah untuk mencari tempat lain yang boleh menampung jumlah penduduk yang besar.Kedatangan UAI ke kawasan ini sememangnya ditunggu tunggu oleh penduduk.
Penganjur dikatakan sedang cuba meminta kebenaran untuk mengunakan sebuah padang kecil di sebelah Balai Polis.Berita kedatangan UAI ini telah diuar uarkan sejak 2 minggu yang lalu.Mana mungkin terjadi kebetulan pertembungan dengan aktiviti untuk mengunakan tempat yang sama.Fikirlah sendiri.Kita tengok mana yang akan menjadi tumpuan.Sabotaj ini lebih menyerupai perbuatan UMNO di Kuala Kangsar,dimana satu konsert Dang Dut telah diadakan di Padang berdepan dengan ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk menganggu tumpuan penyokong PR.
Msinc- sesiapa yang memilih untuk menyaksikan konsert hiburan tersebut adalah sebusuk-busuk umat kerana kamu telah disediakan pilihan.Berita lanjut mengenai ceramah UAI ,saya akan updated,teruskan bersama Telok Bakong Online "Saluran Keme Untuk Komer".
No comments:
Post a Comment