Persembahan oleh Ito Mohamad semalam di Bandar Sidec Seri Iskandar
semalam telah mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk semalam.Nyanyian
lagu lagu
polular dari tahun 80an dari
kumpulan Blues Gang telah menjadi senarai dalam persembahan Ito yang begitu
santai itu.Antara lagu yang dipersembahkan secara
“minus
one” bersama seorang gitaris itu ialah
Apo Nak Dikato,Ubah Sekarang,Ibu dan sebagainya.Ito sebagai seorang
penyanyi yang berpengalaman dengan begitu mudah dapat menghiburkan
penonton dan
mengajak mereka menyanyi dengan beliau.Gitaris mengiringi persembahan
beliau ialah anak bongsu beliau sendiri iaitu Mohd Kid Afero telah
menunjukkan skill permainan blues yang mantap pada usia yang
muda.Berbekalkan tone suara yang menarik,Ito telah berjaya membuatkan
para penonton terpaku dan kagum dengan persembahan yang santai itu.
|
Ala..ala SRV..Lepas nih Kena Cari Fender... |
|
Ustaz Zulkifli Ibrahim Bakal Calon DUN BOTA |
Sebelumnya,pemimpin pemimpin Parti Keadilan Rakyat telah
mengisi slot ceramah dimulai oleh Tuan Haji Usalli Alias sebagai Ketua Cabang
Keadilan Parit.beliau banyak membongkar dan mengupas isu isu dan permasalahan
yang berlaku di sekitar Perak Tengah.Seterusnya Ustaz Zulkifli Ibrahim sebagai
calon DUN Bota mengambil tempat sebagai penceramah.Ustaz Zul dalam ucapannya
menyeru semua penduduk didalam DUN Bota melakukan penghijrahan kearah kebaikan
dan melakukan perubahan perubahan supaya ianya dapat membela kepentingan
rakyat.Seri Iskandar dirasakan suatu kawasan yang amat penting kerana ianya
mempunyai jumlah pengundi yang ramai jika disbanding dengan kawasan
lain.Berlaku penghijrahan di Seri Iskandar,bermakna Pakatan Rakyat mempunyai
peluang yang cerah untuk menang di Bota.
Pemimpin utama yang turut memberikan ucapan ialah Shamsul
Iskandar Akin Ketua AMK Malaysia.Beliau juga telah turut merasmi dan
melancarkan Bilik Gerakan Ranting Seri Iskandar.Beliau berharap Angkatan
Muda
Keadilan akan bersungguh sungguh mengerakkan jentera parti untuk
menghadapi
Pilihanraya Umum ke 13.Beliau merasakan AMK adalah nadi dan tenaga
parti.Kekuatan AMK akan menjana kekuatan parti dan orang muda adalah
pemangkin perubahan.Sebagai sebuah kerajaan yang bakal akan
tumbang,tanda tanda untuk menunjukkan kejatuhannya telah mula
dirasakan.Menurut Shamsul Iskandar,sikap baik yang ditunjjukan oleh
pihak Polis dan Peguam Negara semasa Himpunan Rakyat KL baru baru ini
adalah 'signal' kepada pertanda awal akan berlakunya perubahan kerajaan
dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.
|
Lucu Sekali Sketsanya..Haat..|Cemmm.. |
|
Nasyid Dari Wakil Rakyat Palestin |
Selain persembahan
dari Ito,satu sketsa dari ahli ranting Seri Iskandar juga turut
dipersembahkan.Sketsa yang sungguh melucukan itu juga turut disertai
oleh
sebuah band unplugged dari anak muda Seri Iskandar.Sketsa ini
menceritakan
tentang gelagat seorang wakil rakyat yang berhijrah masuk ke dalam PKR
dan
kemudiannya melompat balik masuk kedalam UMNO.Persembahan sketsa yang
dipimpin oleh Saudara Zubir ini diakhiri oleh persembahan nasyid
bergitar oleh salah seorang rakyat Palestin yang menetap disini.Antara
maksud nasyid berbahasa Arab ini ialah mengisahkan perjuangan Islam di
bumi Gaza.
Namun disebalik kegemilangan dan
keberjayaan program yang dirancangkan tersebut,adalah amat diharapkan
ianya juga dapat disertai oleh kumpulan kumpulan musik anak tempatan
supaya kesan atau gelombang ini dapat meresap jauh kedalam akar
umbi.Diharap pihak yang berkenaan dapat mengadakan suatu program yang
dapat memberi ruang kepada anak muda untuk mengeluarkan aspirasi seni
mereka dengan lebih bebas dan ruang waktu yang lebih tidak membataskan.
|
Bergambar Kenangan Bersama Mohd Kid Afero..selamat maju jaya dengan bluesnya |
|
Kumpulan Sketsa Norodin Haat..Cemm |
Msinc-Terdengar
ada sungutan dan rintihan dari anak muda yang ingin turut serta tetapi
mungkin kerana bugjet yang terhad,hasrat ini tidak dapat ditunaikan.
No comments:
Post a Comment