Saturday, February 9, 2013

Kursus PACA Di Bilik Gerakan Utama/Markas PAS Bota.Pakatan Rakyat Sudah Bersedia Untuk Hadapi PRU..

''Menurut ramalan ramal pihak profesional, Negeri Perak akan kembali ketangan Pakatan Rakyat..rakyat akan undi PR..!!
                 Bersedia bersiap siaga untuk hadapi PRU 13 suatu Pilihanraya Umum yang begitu getir bagi kedua belah pihak.Ianya bakal menentukan hidup atau matinya parti semangat melayu.Ia juga pencerminan harapan baru Malaysia yang mahukan pembaharuan dan perubahan dilakukan secara total bagi menjamin kehidupan dan peningkatan kualiti kehidupan rakyat secara total.

Sebahagian Dari Jentera Pilihanraya Yang Telah Bersiap Sedia
               Tuan Haji Ismail sebagai Ketua Jentera Pilihanraya PKR Perak telah mengariskan kepentingan politik sebagai menunaikan tangungjawab manusia sebagai Khalifah di muka bumi.Tugas utama manusia sebagai khalifah ialah menjaga hubungan dengan Allah dan juga menjaga hubungan dengan makhluk.Untuk mencapai keperluan untuk kehendak ini,politik adalah suatu elemen atau  utama yang perlu digunakan.Rasullulah melakukan penghijrahan ke Kota Madinah telah membawa sinar baru kepada penduduk.Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda ialah mengambilalih kuasa politik di Madinah.Nabi Muhammad bertindak demikian adalah kerana melalui politik ,penduduk dapat menjaga hubungan dengan Allah serta makhluk lain disamping kerja kerja dakwah yang lain.Tanpa adanya peralihan kuasa politik,nescaya matlamat ini tidak dapat dicapai,kerana pemerintah yang menyeleweng dari perintah Allah akan banyak melakukan kerosakan kerosakan yang akan menjauhkan rakyat dari bertakwa dan beriman kepada Allah.Pemimpin yang rasuah dan menindas tidak akan membiarkan rakyat mendekati agama malah akan berusaha mengaleh perhatian rakyat kepada hal hal yang berteraskan keseronokan dan kemewahan semata mata.

Nadi Jentera..AMK Cabang Parit Yang Dipimpin Oleh Saudara Husin..Ceria Selalu..
                Ini bermaksud parti parti yang berada didalam Pakatan Rakyat seperti PAS dan PKR terpaksa mengunakan politik (mengambil alih pemerintahan)supaya rakyat tidak terpesong dari menjalankan tugas tugas dan fungsinya sebagai khalifah dimuka bumi.Perjanjian untuk menjalankan amanah sebagai khalifah ini telah termetrai oleh setiap insan adalah semenjak manusia di alam janin lagi setelah diberikan roh dalam kandungan ibu.Oleh itu setiap insan adalah bertangungjawab untuk melaksanakan amanah ini.Penolakan untuk melaksanakan setiap ketentuan dan hukum hukum dari Allah adalah merupakan kegagalan dan akan mendapat ganjaran yang buruk di hari kemudian

Hidup...Hidup..Hidup Yang Dipertua Kite...
Macam biase le..setiap program..sile semue..menjamu selere le..mane lagi due...ate mun tak dipelawe..hi..hi..
Ini lah Pakaian Rasmi Jentera Pilihanraya DUN Bota Yang Menjadi Kebanggaan Setiap Pemakainya..

No comments:

Linkwithin