Friday, December 19, 2008

Manakah paling utama laksana Syariat Islam atau tarbiah dan penerangan ?


19.12.2008

Diantara kesalahfahaman yang sering berlaku ditengah - tengah pejuang Islam ialah ;

Ramai diantara mereka khususnya bagi yang yang terlampau bersemangat memberikan tumpuan dan permasalahan perlaksanaan syariat islam sebagai satu satunya undang - undang, terutama perkara - perkara kanun keseksaan: hudud , qisas, dan takzir .

Memanglah perkara ini sesuatu yang penting ia tidak boleh dilalaikan atau diremehkan kerana adalah sebahagian daripada Islam.


Namun dalam membuat tuntutan dan perbincangan secara berlebihan sehingga seolah - olah isu itulah satu - satunya yang paling penting didalam agama. Keadaan ini akan meninggalkan kesan terhadap umat dari segi pemikiran dan tahap gerak kerja Islam secara tidak langsung .


Kesan yang paling tidak molek didengar dan dilihat ialah menimbulkan tanggapan negatif dikalangan orang awam.

Dan peluang inilah yang ditunggu - tunggu oleh puak munafik, sekaligus kesempatan ini diperalatkan oleh musuh - musuh Islam untuk melemparkan gambaran buruk tentang Islam , syariat dan dakwahnya.

DR Yusof Al Qaradawi berpendapat dan menegaskan bahawa undang - undang sahaja tidak akan dapat membentuk masyarakat dan umat yang kental akhlak dan iman secara total.

Namun yang paling berkesan mencipta dan membentuk masyarakat adalah pendidikan , ilmu pengetahuan dan tarbiyyah dan seterusnya undang - undang sebagai perisai dan pelindung terhadap sesebuah tamaddun .

Jadi, aspek paling aula kini bagi sesebuah gerakan Islam adalah pendidikan peringkat tadika , sekolah rendah , menengah hingga ke menara gading wajib melakukan proses mendidik generasi Islam .

Penguasaan ilmu - ilmu alat wajib diberi perhatian sebagai contoh website , blog dan sarana audio - visual yang up -to- date dapat dikuasai generasi umat Islam .

Adalah diharap website - website yang Islamik tidak dilambakkan isu fitnah , sembang - sembang yang tidak berfaedah sepatut mereka menjadi egen -egen dakwah yang berkesan.

Satu pujian untuk www.tranungkite.net yang telah berjaya menarik minat pelayar internet cuma sedikit yang perlu diperbaiki adalah kesahihan sesuatu sumber dan sembang - sembang yang tidak menguntungkan Islam .

Kesemuanya ini jika dilakukan dengan prinsip - prinsip agama ia akan memenuhi tuntutan zaman kini .

Dari sudut kepartian ahli wajib dibekalkan ilmu dan pentarbiahan secara berterusan. Pentadbiran negeri pula pentarbiah perlu lebih berkesan memandang kuasa telah pun dimiliki dan peluangnya adalah lebih luas.

Adalah suatu kerugian bagi mereka yang berada didalam sesebuah gerakan Islam gagal memahami bab - bab keutamaan dari setiap aspek. Agar lurus dalam beragama dan bertindak sewajarnya.


Kesimpulannya gerak kerja Islam wajib kenal pasti dimana keutamaan , mesti pintar menyusun langkah. Kegagalan menyusun mengetahui kaedah - kaedah tersebut akan melambatkan ummah untuk mencapai apa yang dicita - citakan .

Umat Islam mahupun gerakan Islam mesti bijak menyusun perancangan kerja dengan efektif berdasarkan priority yang digariskan oleh agama .

Persoalannya kembali kepada kita semua... apakah kita sudah bersedia ?

www.telokbakong.com

No comments:

Linkwithin