Friday, December 19, 2008

Cadangan orang bukan Islam menjadi ahli PAS mungkin akan menjadi kenyataan.





Pro dan kontra apabila cadangan ini mahu diperkenalkan . Ada yang melihatnya sebagai suatu tindakan Ad - Hoc .Sebahagian yang lain pula menilainya sebagai suatu langkah yang bervisi dan bertanggungjawab.

Bagi penulis pandangan kedua menjadi pilihan tetapi bersandarkan kepentingan semasa demi penerusan kuasa politik Pas dimasa hadapan .

Kepimpinan tertinggi Pas mesti berwajah multi racial agar tidak terlampau kemelayuan .Bermaksud , didalam saf pimpinan Pas Pusat , Negeri , kawasan dan Cawangan. Bukan melayu yang beragama Islam perlu ditonjolkan.

Tokoh - tokoh bukan Melayu yang menyokong Pas perlu segera dipikat , dilamar agar mereka dapat menyumbang idea dan kepakaran dengan lebih berkesan. Di dalam keadaan dakwah semasa di Malaysia Pas memerlukan golongan bukan melayu muslim untuk berinteraksi dikhalayak non muslim yang sebangsa dengan mereka .


Persepsi negatif terhadap melayu yang berkait rapat dengan Islam di Malaysia adalah halangan yang sukar untuk dinafikan.Adalah sesuatu yang agak sukar jika pemimpin Melayu Pas mahu menyampaikan sesuatu mesej politik Islam . Ditambah lagi dengan fenomena Islamphobia dikalangan non muslim .

Percayalah ! golongan bukan melayu Islam jika diberi kepercayaan mereka mampu mengalas tugas besar ini . Bukan kita menafikan kehebatan ahli politik melayu Pas .Tetapi ini adalah penambahbaikan kepada yang ada kini .

Masalah bahasa dan budaya hanya difahami oleh kalangan mereka sendiri . Pas perlu calon bukan melayu untuk bertanding dikawasan yang majoritinya non muslim .

Kelab penyokong bukan Islam didalam Pas perlu diperluaskan skopnya. Pada penulis kelab ini perlu diperkasakan lagi. Penulis berpendapat tidak semestinya mereka menjadi ahli Pas .

Cadangan kami ialah kelab itu mestilah diketuai oleh bukan melayu yang beragama Islam dalam masa yang sama pimpinan kelab penyokong terdiri daripada kalangan non muslim.

Jika pemimpin kelab itu dari kalangan bukan melayu Islam ia akan lebih mudah diterima perkara - perkara yang melibatkan hukum - hakam Islam. Sebelum ini mungkin mereka menyokong Pas kerana nilai - nilai murni sahaja .Kelihatan mereka akan ' termelatah' juga apabila sesuatu peraturan Islam mahu dilaksanakan.

Dakwah kita tidak terhenti setakat 'undilah kami ' malah dakwah tentang keEsaan Allah dan peraturannya itu adalah matlamat.

Di dalam Pas kita masih kekurangan tenaga muslim bukan melayu hampir setiap peringkat . Untuk menjana kekuatan dakwah melalui politik Pas amat memerlukan bahan mentah ini.Pengalaman penulis bersama kalangan non malay yang memeluk Islam mereka mempunyai keyakinanan yang tinggi terhadap Pas .

Komitmen golongan ini terhadap islam juga tinggi malah mempunyai pengaruh yang kuat didalam masyarakat . Disamping latar belakang pendidikan yang tinggi di dalam pelbagai bidang.


Pas perlu menambahkan lagi bilangan mereka agar setanding atau lebih tinggi daripada YB Drs Idham Lim , YB Anuar Tan.

Mungkin suatu hari nanti akan kedengaran nama - nama Ridhuan Rajendran , Sylvester Abdullah (contoh) didalam saf kepimpinan pas .Cuba anda bayangkan jika Naib Presiden Pas bernama " David Tan Abdullah " bagaimana impaknya.?

Kaedah ini juga adalah persediaan jika sekiranya jodoh Pas didalam Pakatan tidak berpanjangan. Pas diketika itu sudah ada calon bukan melayu yang sudah boleh berkempen dan bertanding dikawasan yang majoritinya Non Malay .

Memang kita tidak nafikan calon Melayu Pas tetap mendapat sokongan bukan melayu contohnya Dr Mariah Mahmud . Kita jangan lupa ketika kini Pas didalam Pakatan bagaimana sebaliknya ?


Pimpinan Pas dan ahli mesti berani membuat perubahan . Biarlah perancangannya bercorak jangka panjang .Hindarkan perancangan yang bersifat Ad - Hoc .

Seruan" Pas for All " memerlukan pengisian dari segenap sudut janganlah pula seruan itu hanya tinggal laungan dimusim pilihanraya.


www.telokbakong.com

No comments:

Linkwithin