Dalam
kehangatan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13,Umno berada dalam keadaan
terdesak untuk mengharapkan sokongan rakyat.Banyak cara digunakan termasuklah
pemberian BR1M yang dibuat untuk kali kedua,Program Himpunan Belia yang menjijikan
itu dan pelbagai cara yang terlalu banyak untuk disebutkan.Untuk memantapkan
strategi pilihan raya nya,Umno telah bersiap sedia dengan sebaik mungkin dengan
membina bilik gerakan awal awal lagi dalam tempoh 4 bulan yang lalu.Hampir
setiap kampung dalam daerah Perak tengah telah mendapat bilik gerakan yang
baru.Hal yang sama juga berlaku diseluruh negara.Timbul persoalan untuk membina
bilik gerakan yang berjumlah beribu ribu unit di seluruh negara itu mengunakan
dana dari sumber apa.Tidak mungkin ianya mengunakan wang dari kutipan yuran
ahli Umno yang sebanyak RM 2.00 setahun itu.
Tambah
memburukan keadaan,pembinaan bilik gerakan tersebut bukan lah diatas tanah yang
dimiliki oleh Partai Umno tetapi sebaliknya dibina diatas tanah milik
kerajaan.Pembinaan itu dibuat sewenang wenang nya berhampiran Dewan Orang Ramai
atau bangunan kerajaan yang lain.Di setengah tengah tempat Umno telah
menjalankan kerja kotor dan tidak bermaruah dengan mengunakan Dewan Orang Ramai
sebagai markas atau bilik gerakan mereka.Mungkin ketua-ketua mereka tidak cukup
cerdik untuk membezakan mana satu hak rakyat,mana satu harta benda Umno.Adalah
amat memalukan dalam prinsip demokrasi yang diamalkan,partai yang memerintah
mengunakan hak milik kerajaan untuk kepentingan parti.Mungkin mereka tak pernah
belajar erti demokrasi yang sebenar.Ramai pemimpin Umno yang pandai politik
mengikut selera mereka sahaja tanpa merujuk kepada konsep demokrasi.Mereka
mungkin mencampuradukkan konsep demokrasi dengan konsep politik yang lain
seperti totalitarian dan autoritarian.Mungkin ini lah saf ampuh yang diinginkan
dibentuk oleh Dato Najib dalam menghadapi pilihanraya yang sungguh getir bagi
Barisan Nasional.
Diharapkan pihak Pakatan Rakyat tidak terlepas pandang perkara ini serta
membuat langkah langkah yang bijak bagi menghalang penyalahgunaan hak milik
kerajaan ini.Pihak pihak yang berwajib mestilah dimaklumkan walaupun mereka
sudah sedia maklum.
Msinc – memerhati dengan teliti segala strategi yang
dilakukan oleh Umno.Pada msinc, umno kin lama kin terdesak..kin lama kin
meroyan…
No comments:
Post a Comment