Friday, May 8, 2009
Mat Rempit mengganas di Telok Bakong !
kelulut@telokbakong.com
7.05.09
rempit2
Pada cuti Hari Buruh lepas penulis pulang kekampung. Malam-malam bercuti yang sepatutnya penuh ketenangan bertukar ‘menyirap darah’. Bermula selepas maghrib Mat motor yang entah dari mana datangnya sudah berkeliaran.
Rupa-rupanya pada malam tersebut ada mini konsert tepi Teben. Disusuli acara tarian ala joget lambak serta nyanyian. Dengar khabarnya ada artis jemputan dan Mak Nyah.
Maka bergemalah Sungai Perak dengan dendangan pelbagai irama. Menjelang lewat malam hampir ratusan Mat Rempit mula memenuhi jalan raya. Berkumpul dan membentuk dua kumpulan.
Dan bermula aksi wheelie cabar mencabar. Penulis dan keluarga yang kebetulan sedang membuat persediaan kenduri merasa tidak selesa. Maklumlah penat. Manakala anak kecil sudah ketakutan dengan bunyi bising enjin motosikal.
Penulis memberanikan diri pergi dan berjumpa mereka. Bertanya kenapa membuat bising diatas jalanraya. Dengan menahan geram tapi masih bersabar saya bertanya secara sindir.
” Ngape motor kome rosak ke ?” saya bertanya maka dijawab salah seorang dari mereka ; ” ijakkk…” saya menambah soalan lagi ; ” mun kala tak rosak buat ape ingo depan romah orang ni ” ?
Tiba - tiba ini jawapan mereka; ” deme nak betombok sebab deme kene sound mase menari tadi ate udah leme tak pueh ati ” ( mereka hendak bergaduh kerana semasa menari tadi ada orang menegur kerana merokok ketika menari).
Saya pun menambah lagi dengan sindiran ; ” ate pegi tombok…. yang moto pulak ingo ape pase ..?? mereka terus terdiam. Selang beberapa minit Polis Peronda dan mat-mat rempit itu bertempiaran lagi disegenap ceruk kampung.
Polis bertanya apa yang berlaku. Kemudian adik penulis memanggil dua pemuda yang menyorok dihalaman rumah kami. Apabila ditanya mereka bukanlah berasal dari kampung yang berhampiran. Menurut mereka hampir 60 peratus adalah adalah orang luar. Salah seorang yang kami tanya berasal dari Manong.
Kesimpulannya, pihak yang menyediakan kemudahan untuk mereka berkumpul harus ambil ikhtibar.
Natijah buruk akan timbul. Anak - anak muda yang datang dari pelbagai latar belakang. Jika dulu tiada pasangan yang yang berani lepak ditepi sungai kini sudah ada(orang luar). Bau-bauan asap yang yang mencurigakan juga sudah ada. Tin-tin minuman keras sudah dijumpai.
Malah semasa saya bertanya sebelum itu mereka mengaku ada mat rempit yang sudah
“pening”.
TBO berharap pihak yang bertanggungjawab memikul amanah di Telok Bakong mencari penyelesaian bukan menambahkan tekanan. Masalah yang dihadapi penduduk kampung pun sudah tidak tertanggung.
Salah seorang pengusahanya turut mengakui meraka tidak mampu untuk ‘kontrol’ jika sudah terlalu ramai .
Sebelum terlambat selamatkan anak bangsamu !
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Penulis:
KELULUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment