Wednesday, May 6, 2009

Umno gentar Ulama dan profesional bersatu , Pas pula celaru.



kelulut@telokbakong.com

6.05.09


Akhbar arus perdana milik Umno semakin bernafsu untuk menyiarkan pemilihan pucuk pimpinan Pas .Kisah dan cerita yang bersalut adu domba . Ditambah pula dengan kehangatan media alternatif .

Tugas media massa nampaknya lebih mudah dicedok daripada blog para pemimpin Pas sendiri .Maka olahan pandangan diputar belit bagi mengelirukan rakyat khasnya ahli parti .

Persoalannya salah siapa ? Musuh sudah tentu menunggu peluang daripada bahan yang disediakankan sendiri oleh pemimpin Pas itu .

Contohnya sebuah laman citramaya , anak kepada pemimpin besar parti. Citrawan itu telah berjaya menukilkan kisah yang boleh menguntungkan pihak musuh .

Kesannya pihak pimpinan dari pelbagai lapisan mudah tuduh menuduh dan membuat andaian yang songsang .Rakyat melihat seolah - olah sudah wujud pergeseran didalam parti .Walaupun pimpinan menafikan dengan pelbagai versi dan riwayat kesan negatifnya tetap ada .

Persoalan yang perlu dijawab ialah kenapa isu yang dibangkitkan oleh citrawan putera ulama diambang pemilihan pucuk pimpinan ? .Apakah sudah tiada saluran yang lebih efektif mahu dijadikan medan terbaik ?.

Mungkin sebahagian dari kita sudah merasa tergugat , bongkak atau sudah hilang pedoman .

Analisa tentang pemilihan pucuk pimpinan Pas kita telah dibuat akhbar milik UMNO -BN .Stesen TV pula sudah merumus pihak sepatutnya menjadi pilihan perwakilan PAS .

Jujurkah mereka apabila membuat analisa tantang pemilihan pucuk pimpinan Pas ? .

Jawapannya sudah pasti ianya hanyalah adu domba untuk memecah- belahkan kesatuan ahli Pas .

Kesimpulannya , sebahagian pemimpin Pas sudah membuka ruang untuk diserang oleh musuh .Diketika Umno ketiadaan isu mahu di ketengahkan .Ada pula yang membuka pekung ciptaan sendiri . Kononnya untuk mendedahkan kepincangan .

Fakta sebenarnya ialah Umno amat gentar apabila profesional dan ulama didalam Pas bersatu .Maka ditiupkan api permusuhan secara halus. Nampaknya telah berjaya memerangkap segelintir tokoh .

Umno sebuah parti yang ditolak oleh golongan agamawan natijahya parti itu bergelumang noda .Pas pula sedang membina empayar gabungan ampuh agamawan dan profesional inilah yang dicemburui lawan .

Umno pasti tidak akan duduk diam dan akan cuba merobohkan 'binaan' kukuh ini .Tambahan pula pengundi bukan Melayu sudah semakin tertarik dan sudah membuktikan mereka boleh mengundi Pas .

Terpulanglah kepada kepimpinan Pas jika mahu ditakuk lama .Maka mudahlah Umno memulas telinga .

Apakah segelintir pemimpin Pas hanya selesa kekal sebagai pembangkang ?


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

No comments:

Linkwithin