Saturday, April 27, 2013

Kembalikan fungsi asal media


Muhammad Ismi Mat Taib
Wartawan Sinar Harian
24 April 2013

Muhammad Ismi Mat Taib
PARIT - Calon Pas Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib mencabar Barisan Nasional (BN) mengembalikan fungsi media membekalkan maklumat tepat untuk rakyat membuat penilaian.

Menurutnya, sebagai kerajaan, BN dilihat gagal mengembalikan fungsi media rasmi kepada fungsi asal iaitu menjadi jentera penerangan kerajaan.

“Apa yang berlaku mereka terus menjadi jentera penerangan BN seolah-olah mereka sahaja yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU13) ini.

“Kegagalan ini jelas menunjukkan BN tidak mahu berubah dan sentiasa berlaku zalim kepada harta dan hak rakyat,” katanya.

Beliau berkata, pilihan raya adalah kemuncak kepada amalan demokrasi di Malaysia dan BN dilihat akur dan merendah diri apabila sanggup ‘menuntut ilmu’ daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam melaksanakan manifesto.

Penolong Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat berkata, manifesto PR wujud disebabkan oleh keinginan rakyat untuk melihat sebuah kerajaan yang adil, telus dan berkebajikan.

“Inilah mesej utama dalam manifesto PR dan jika konsep ini gagal difahami  BN maka negara akan terus mundur dan keadaan ekonomi negara akan semakin terjejas,” katanya.

No comments:

Linkwithin