Monday, April 22, 2013

Keputusan Terkini DSAI DI Lambor Kiri..Akan Lakukan Rundingan Untuk Elak Pertembungan PAS PKR..Harap Penyokong Bersabar.Che Gu Bard Sah Bertanding..PAS 3 PKR 3..Adil...

Ustaz Zulkifly Ibrahim Calon DUN Bota
M.C RAMLI ADNAN
Wakil UPU Kg Kuchai
Dari UPU Padang Changkat..Pakai Baju Kunin Lagi..Chewahhh
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh..Beliau menambah lagi,bahawa beliau telah bertanya kepada Pimpinan Pas bahawa adakah ada sesiapa calon dari Pas akan bertanding disana.Setelah yakin bahawa DUN tersebut tidak akan ditandingi oleh PAS,Maka dia meletakkan Che Gu Bard disana.Sekiranya beliau tahu bahawa calon PAS akan bertanding,beliau tidak akan meletakkan Che Gu Bard disana

Katanya pertembungan calon PKR dan PAS di kerusi DUN itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.Beliau berusaha akan mempastikan tiada pertembungan antara PAS dan PKR dimana mana kerusi.

"Bagi kita tempoh sehingga esok hari untuk selesaikan perkara ini," beliau berkata dalam ceramahnya di hadapan penyokong pakatan pembangkang di Kampung Telok Sena Lambor Kiri, Bota semalam.

DUN Sungai Acheh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Mahmud Zakaria, calon PKR Chegubard dan Mohd Yusni Mat Piah dari PAS sekiranya tiada rundingan dibuat dikalangan pimpinan pakatan rakyat.

Dato Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa Manifesto yang dilancarkan oleh Barisan Nasional baru baru ini adalah diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat.Beliau memberi contoh penurunan harga kereta,permit teksi,air percuma dan sebagainya.Beliau mengambarkan keadaan ini sebagai "kehabisan idea" oleh pemimpin BN.

Beliau telah berucap selama kira kira 45 minit dihadapan penyokong dan beliau juga turut berharap supaya rakyat sekeliannya dapat menaikan dan memberi mandat kepada calon calon Pakatan Rakyat yang bertanding Ustaz Ismi Mat Taib Parlimen Parit,Ustaz Zulkifly di DUN Bota dan Dr Najiha di DUN Belanja.-TBO


Chegu Bard sah tanding DUN Sungai Acheh

(Oleh Aisha Geoffrey)
SUBANG JAYA 18 APRIL: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin sah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini.
chegubard3Badrul atau Chegu Bard yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima watikah pencalonan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.
Sungai Acheh sebelum ini menjadi rundingan antara KEADILAN dan PAS yang turut meletakkan calonnya, Yusni Md Piah.
Sebelum itu, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman terlebih dahulu mengumumkan Chegu Bard calon di kawasan tersebut.
Sungai Acheh merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal selain N20 Sungai Bakap dan N19 Jawi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50701

 

3 DUN T'ganu kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti kepada PKR

Harakahdaily, 22 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM  di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.


Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

No comments:

Linkwithin