Katak Lagi Satu..Terselamat..Dalam Pahgrit Banyak Katak..Gedek..Gedek..Ongg!!! |
IPOH:
'Hilang madu sepah dibuang'. Setelah berjaya mendapat kuasa, mereka
yang berjasa kepada mereka selama ini dibuang begitu sahaja.
Itulah nasib empat bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak yang menolong BN menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan di Perak.
Dalam pengumuman calon-calon BN , kesemua mereka tidak mendapat sebarang kerusi dalam pilihan raya ini.
(Dalam kenangan...Najib ketika mengumumkan tindakan tiga ADUN Pakatan keluar parti dan sokong BN. Sekarang ke mana mereka?)
"Setelah rampasan kuasa di Perak, kini BN mengkhianati 4 katak yang
bantunya rampas kuasa. Rakyat tak akan lupa. Ini Kalilah!" tulis Nga Kor
Meng, bekas Exco kerajaan negeri Perak.
Sebelum ini, beliau yang juga Setiausaha DAP Negeri Perak mencabar
Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit
Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh
sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu
diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing
untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.
Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun
itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya
umum kali ini.
"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan
pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada
rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini
sebagai calon PRU13.
"Perletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap
sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di
sini sebelum ini. Harakah
No comments:
Post a Comment