Ustaz Zulkifly Ibrahim Sedang Menyantuni Warga Emas |
Seorang warga emas Kg Telok Bakong kerugian hampir RM5000
kerana disamun oleh 2 orang lelaki yang menyamar sebagai pekerja Tenaga
Nasional Berhad (TNB).Kejadian yang berlaku pada tengahari semalam melibatkan
seorang wanita berumur 70an yang berseorangan dirumahnya didatangi oleh dua orang lelaki
yang memperkenalkan diri mereka sebagai pekerja TNB.
Keselamatan Warga Emas Musti Diberi Keutamaan |
Mereka kononnya menyatakan lawatan itu adalah untuk
menyiasat berikutan adanya laporan bil letrik yang tinggi.Mereka telah meminta
kad pengenalan dari mangsa.Kemudiannya salah seorang dari penyamar berkenaan
meminta mangsa menunjukkan meter letrik.Mangsa telah membawa seorang penyamar
berkenaan naik ketingkat atas uuntuk melakukan pemeriksaan keatas meter api.Mangsa
telah kedapur sekejap.Apabila mangsa kembali,kedua dua penyamar telah
menghilangkan diri.Mangsa telah memeriksa beg duitnya dan mendapati wang tunai
serta barang barang kemasnya telah diambil oleh kedua dua orang yang tidak
dikenali itu.
Lapuran polis telah dibuat.Dua buah kereta polis telah
bergegas kesana untuk menyiasat dan mengambil maklumat lanjut.Setelah berita
ini tersebar,rupa rupanya kejadian yang sama telah berlaku di kampong sebelah
iaitu Kg Padang Changkat.Sebenarnya kes seumpama ini telah di war warkan dalam
Radio Perak.Sebelum nya satu kejadian ragut melibatkan warga emas pernah dilapurkan belaku di Telok Bakong.
Diharap warga emas yang bersendirian akan lebih berhati hati
dengan keselamatan diri masing masing.Dengan keadaan ekonomi yang merudum
dibawah pemerintahan Barisan Nasional,dijangkakan kejadian jenayah akan terus
meningkat,sekiranya mereka terus memerintah.Oleh itu,lakukan perubahan supaya Negara
ditadbir oleh mereka mereka yang amanah dan adil agar ekonomi Negara dapat
dimantapkan dan membawa kepada penurunan kadar jenayah.
No comments:
Post a Comment