Semalam telah berlangsung satu mesyuarat dikalangan anak muda Telok Bakong Hilir dan Kampong Paloh berkesudahan dengan penubuhan Angkatan Muda Keadilan Ranting Telok Bakong Hilir,Kg Paloh.Mesyuarat yang diadakan di rumah Encik Nazri Hassan itu turut di hadirin oleh Tuan Haji Usalli Alias selaku Ketua Cabang PKR Parit.Turut serta ialah Ustaz Zulkifly Ibrahim Ketua Penerangan PKR Perak.
|
Tuan Haji Usailli Alias sebagai Ketua Cabang sedang memberi perangsang kepada anak muda. |
|
Bergambar beramai ramai sebagai kenangan yang mengambarkan kehendak orang muda kepada perubahan. |
|
Siapa pula akan mengisi tempat Ketua AMK Telok Bakong dan Padang Marhum? |
Penubuhan AMK ini lahir dari keperluan untuk melakukan perubahan demi membela nasib rakyat yang telah lama ditipu dan ditindas oleh Parti UMNO.Anak ank muda yang berani serta bersemangat kental ini beranggapan inilah masanya mereka mengikuti arus untuk membuat perubahan kepada politik negara.Mereka sudah tidak rela lagi diperkotak-katikan oleh UMNO.Mereka mahu suara mereka diambil kira dan diperdulikan dalam pentadbiran kampung.Dalam ucapannya,Ustaz Zulkifly berjanji akan mengoptimumkan segala kelebihan kelebihan yang dimiliki oleh generasi muda ini untuk kemajuan masyarakat.Beliau juga akan sedaya upaya akan membela nasib anak muda sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak kembali.
Saudara Zaharin telah terpilih sebagai ketua AMK Ranting Telok Bakong Hilir Dan Kg Paloh.Manakala saudara Ariffin dan Norhisyam telah dilantik sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan.Manakala 15 orang AMK telah dilantik sebagai AJK dan Jentera Pilihanraya DUN Bota.
No comments:
Post a Comment