Friday, January 11, 2013

Updated..Apa kah Salah Dan Dosa Kami???..Kena Sabotag Lagi..

ROSAK...TERUK
                                                          Anak Rusa Nani
                                                          Baru Tumbuh Ekor
                                                          Apa Dosa Kami
                                                          Selalu Kena Kiboor..?

                   Apakah salah untuk memperjuangkan dan membela nasib rakyat?.Apakah salah untuk menegakkan hukum hukum Allah dimuka bumi ini?Apakah salah untuk membongkar segala penindasan dan kezaliman yang dilakukakan oleh pemerintah terhadap rakyat yang lemah.Apakah salah untuk menyatakan kebenaran demi menegakkan keadilan sesama manusia.


                  Mungkin kerana perkara yang dinyatakan itu salah menyebabkan ada tangan tangan kasar yang sanggup melakukan khianat keatas beberapa kain rentang yang telah diletakkan di Pekan Bota malam tadi.Antara kain rentang yang terlibat ialah Banner Pelancaran Bilik Gerakan DUN Bota Oleh Rafizi Ramli dan Ceramah Oleh YB Mahfuz Omar.Kesan yang paling teruk ialah Banner Pelancaran Bilik Gerak dengan gambar Ustaz Zulkifly Ibrahim menjadi sasaran utama.ini menampakkan bahawa sasaran utama pelaku ialah Ustaz Zul yang bakal bertanding untuk Dun Bota.Gambar pemimpin lain ditidak diusik langsung.


                  Ini jelas menunjukkan bahawa mereka mula merasakan ancaman yang besar hasil dari gerakkerja Jentera Pilihanraya DUN Bota ini.Banner ini telah digantung pada malam semalam dan dijumpai telah diconteng pada pagi ini.Manakala Banner Ceramah YB Mahfuz telah diletakkan bersebelahan beberapa hari yang lalu turut dikasari.
Banner yang digantung pada malam semalam

                 Kes ini menunjukkan bahawa lawan semakin terdesak dan tidak tahu tindakkan yang harus dilakukan untuk menghadapi kemaraan rakyat yang mahukan perubahan,lantas melakukan jalan singkat.Sesungguhnya apa yang terjadi(bukan kali pertama berlaku) tidak akan mematahkan semangat pendokong dan jentera Pilihan Raya untuk terus berusaha dengan lebih gigih bagi memenangi PRU 13.Peristiwa ini adalah  merupakan halangan halangan kecil dalam perjuangan.Semangat Perjuangan Lamina...

3 comments:

Anonymous said...

MEREKA INI BUKAN NYA LAGI KAFIR.UMNO NI YAHUDI BIN KOMINIS

cucukerinci said...

Umno pengecut....konon sayangkan kalimah Allah....tapi tindakannya banyak yg menentang hukum Allah.

Telok Bakong said...

jadi sekarang terpulang kepada rakyat untuk memilih siapa yang bakal memimpim mereka.Musti bijak untuk membuat pilihan.Sekira masih kekal dengan kerajaan yang lama..nasib dan maruah rakyat sukar untuk dipertahankan....ini kali lah...

Linkwithin