Saturday, 5 January 2013
Sumber:http://ahmadakhdhor.blogspot.com/2013/01/deepak-dan-musa-hassan-permainan.html
1. Pastinya ramai sudah berfikir bahawa
Musa Hassan sudah bertaubat. Dan pendedahan yang dibuat Musa Hassan
seperti suatu "political mileage" buat Pakatan Rakyat.
2. Saya memilih untuk percaya kepada suatu premis bahawa:-
(a) Musa Hassan sedang menjalankan misi politik seseorang iaitu bekas bosnya, Tun DrM
(b) Sekurang-kurangnya kini Musa Hassan
dapat berpuas hati bahawa sekiranya PR memerintah negara, rakyat
Malaysia akan memaafkan kesalahannya yang lampau.
3. Apakah Mahathir di dalam posisi yang
bahaya? Saya menetapkan suatu premis bahawa berdasarkan sistem sumber
maklumat yang diguna olehnya, harapan untuk BN memenangi PRU 13 amat
tipis dan besar kemungkinan akan kalah teruk. Maksudnya, jika PR menang
PRU 13, Mahathir akan memikirkan bahawa masa depannya amat gelap.
4. Kenapa Deepak? Beliau dipihak siapa?
Deepak sedang menjalankan agenda Tun Dr Mahathir. Untuk apa? Menyingkir
kuasa politik Najib.
5. Adakah Najib menentang Mahathir?
Besar kemungkinan tidak, tetapi kedudukan Najib di tangan kuasa politik
BN/UMNO adalah malapetaka buat UMNO kerana "isu Rosmah" adalah bala
untuk UMNO.
6. Kenapa Mahathir perlu singkirkan
Najib? Ianya sangat perlu bagi memberikan UMNO sedikit lagi nafas baru
untuk bersaing dalam PRU 13 tanpa "liabiliti Najib" terhadap UMNO.
7. Apakah yang akan berlaku? Kita katakan begini;
(a) Najib akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; kesannya - Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik.
(b) Muhyiddin Yassin akan memangku jawatan PM di dalam sebuah Kerajaan 'Caretaker'.
(c) Bilakah masanya? Iaitu suatu masa menurut "arahan" Tun Dr M. Dan ianya 'bagaikan' beliaulah yang menentukan tarikh PRU 13.
No comments:
Post a Comment