Friday, January 11, 2013

Banner Banner Provokasi Menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Kerja Siapa Ni??....Syaitan Yang Mana?

                 Hampir setiap simpang atau lampu isyarat utama di sekitar Bota dan Seri Iskandar telah digantungkan dengan kain rentang yang bertulis dengan ayat-ayat provokasi serta menghina demokrasi yang menjadi sistem pemerintahan negara.Jelas ianya adalah ditujukan kepada rakyat yangbakal berhimpun di Kuala Lumpur pada 12 hb Januari 2013 ini.Kata kata yang terbit dari kain kain rentang ini merupakan ayat ayat yang melanggar prinsip-prinsip demokrasi yang mempertahankan kebebasan bersuara dan menunjuk perasaan rakyat di negara yang berdaulat dan merdeka.


                Perkataan yang tidak demokratik seperti "JANGAN HURU_HARAKAN NEGARA" dan "SIMPATILAH KEHARMONIAN IBUKOTA", dilihat sebagai suatu provokasi untuk mengambarkan perjuangan Pakatan Rakyat adalah menjurus untuk mengancam keselamatan negara.Sesungguhnya ianya dianggap membelakangkan prinsip demokrasi yang membenarkan Perhimpunan Aman.

               Melihatkan kepada rupabentuk kain rentang yang tidak semberono itu menjelaskan bahawa pelaku atau mereka yang membuat kain rentang itu adalah kumpulan yang tidak faham erti demokrasi dan hanya mengikut arahan dari pihak pihak tertentu demi mendapatkan ganjaran.Kita sedia maklum mereka ini hanya orang suruhan atau pencuci pentas.Apa yang lebih penting lagi ialah menentukan syaitan mana yang mengambil peranan kali ini..

             Satu persoalan lagi.Mana jabatan jabatan dan pihak berkuasa tempatan yang rajin buat kerja itu?Kenapa dibiarkan kewujudan kain rentang haram ini.Dikawasan Majlis Tempatan setiap kain rentang dikehendaki didaftarkan.Bayaran RM 15 akan dikenakan untuk pengiklanan sebulan serta deposit RM 30 turut dikenakan.Setiap kain rentang akan diberi pelekat.Sekira wujud kain rentang yang tiada pelekat,ianya akan diturunkan.Sekarang kain rentang ini didapati tidak diturunkan oleh pihak berkuasa sejak lebih 35 jam.Mengapa tiada tindakan,sedangkan sewaktu PKR Parit mengadakan Simulasi Pilihanraya pada 25hb Disember 2012 yang lalu,tidak sampai 7 jam bendera parti dikibarkan,ianya telah diturunkan oleh pihak berkuasa.berlaku lah adil kepada semua pihak.Gaji anda bukannya dibayar oleh mana mana parti.Ianya adalah hasil titik peluh rakyat.

Msinc-Langsung Tak Paham Bagaimana Negara Ini Ditadbir..By Law or By Claw...????Nabuuu...

3 comments:

Anonymous said...

xde pon yop..ngecekdd

Anonymous said...

dh turun pon yop..deme bwt keje ikut time jgk..kite kene la fkr positif jgk..bkn rope umnoporno 2..

Telok Bakong said...

dekat depan dewan orang ramai bota belum diturunkan..boleh tengok sendiri...

Linkwithin