Tuesday, January 8, 2013

Veteran Wanita Umno Telok Bakong Panas Hati...Apasal ?

Selamat Datang Wahai Pakatan Rakyat..Kami Menantikan Pemerintahan Mu...

            Seorang Veteran Umno Telok Bakong dikatakan panas hati dengan perlakuan beberapa pemimpin pemimpin Umno kampong.beliau adalah orang lama UMNO dan bertanggungjawab dalam penubuhan ketiga-tiga cawangan UMNO di Telok Bakong.Beliau telah menyertai UMNO sejak dari tahun 60an lagi,beranggapan bahawa parti itu sudah tidak memperdulikan nasib orang orang lama yang telah banyak berkorban,apa yang diutamakan ialah menjaga kepentingan diri sahaja.Walaupun sudah berusia,beliau masih lagi aktif dan menganggotai JKKK sejak sekian lama kerana perasaan sayangnya pada parti tersebut.

            Ketidakpuasan hati beliau berpunca dari sikap pimpinan UMNO yang pilih kasih,beliau yang sebelum ini pernah memohon bantuan atap rumah merasa disisih dan dipinggir apabila permohonan beliau diketepikan dengan alasan "anak anak nya semua kerja besor boleh membantu",.penolakkan ini terus berlangsungan apabila satu permohonan untuk mendapatkan lampu jalan turut ditolak oleh pimpinan UMNO.Sebenarnya segala bentuk bantuan dan peruntukan cuma berlegar-legar dikalangan orang orang tertentu sahaja didalam UMNO.Ada rumah yang mempunyai 2 lampu jalan dan ada juga keluarga keluarga yang dianggap berkemampuan menerima bantuan atap rumah.

             Sebagai tidakkan protes diatas ketidakadilan ini,disekeliling rumah beliau telah digantung bendera Parti Keadilan Rakyat sebagai signal menunjukkan bahawa "Perubahan Boleh Berlaku Pada Bila-Bila Masa Sahaja".Bendera akan ditambah dari masa ke semasa sehingga isu ini selesai.Beliau juga menganggap bahawa kebanyakkan pemimpin UMNO di Peringkat Bahagian hanya pandai berlagak dan melupakan tanggungjawab mereka kepada rakyat miskin.

          Selepas kerajaan Pakatan Rakyat dirampas oleh BN,warga emas ini serta beberapa JKKK lama pernah cuba dilucutkan jawatan oleh pimpinan kampung yang baru.Namun setelah diugut oleh kumpulan JKKK lama ini untuk mengubah sokongan mereka kepada PR,rancangan perlucutan jawatan ini dibatalkan kerana khuatir tidakkan mereka ini mereka dapat mempengaruhi orang ramai.

Msinc-Cuma perati dan menganalisa perangai penduduk,ada yang dah lompat keluar ..nak masuk PR balik.Ada Tok Tok Sidang kampung yang cuba beli rakan rakan PR.Macam macam usaha.Buat aktiviti pun kena sebotaj.Tapi ingatlah..kami tidak akan termakan atau berundur...LAWAN TETAP....LAWAN..

Pengumuman-.Rapat Jentera Pilihan Raya DUN BOTA di Markaz Gerakan Kg Bt. 16 Lambor Kanan Pada 20 Jan 2012.Pukul 9.00pagi.Semua jentera dan sukarelawan Pilihanraya Dijemput Hadir.Baju T-Shirt Percuma Disediakan Untuk Semua Jentera Dan Sukarelawan Pilihanraya.

Aturcara

7.00pm-Talkimat Khas
7.20pm-Solat Maghrib,Zikir Munajat Bersama Ustaz Badrolamin
8.30pm-Solat Isya,Solat Hajat
8.45pm-Kenduri Rakyat-Makan Malam
9.30pm-Ceramah HIJRAH BOTA-KEMENANGAN PERAK
11.00pm-Bersurai

4 comments:

baretta said...

Makcik tu tak ikhlas...dia marah sebab tak dapat bantuan, lalu buat-buat sokong PR. Apa niat dia? Dah tentu dengan harapan dapat bantuan yang dihajati... Dia tak pedulipun hudud dihina, dia tak peduli hutang negara semakin banyak, dia tak ambik tahu harga barang semakin membebankan, dia tak hairan media berat sebelah, dia tak kisahpun pemimpin dia songlap duit pampasan buruh paksa Landasan Keretapi Maut... Bagi aku, memang patut pun dia tak dapat bantuan... Memang betul anak2 dia yang patut baiki bumbung rumah tu. Dari kecik sampai dah nak masuk kubur, asyik nak BANTUAAAANNN ajer puak ameno ni... Langsung tak reti nak berdikari...

Razak said...

aku sokong padan muka makcik tu...dia bukan sokong pr sepenuh hati pun saja nak protes aje.. lepas tu percaya la kalau umno tolong dia balik dia akan sokong umno kembali , pikirkan diri sendiri aje,

Telok Bakong said...

ye..makcik tu memang dirasakan tak ikhlas..tapi tujuan artikel ini nak menunjukan bahawa Umno bukan saja melakukan diskriminasi kepada penyokong PR,tetapi turut melakukan penyisihan terhadap penyokong setia nya...atap rumah telah pun diperbaiki mengunakan wang dari hasil tabungan makcik..(tabungan makcik sejak dari kecil tu..hi..hi..)semoga apa yang berlaku akan dapat menyedarkan makcik akan wajah sebenar partai United Malay National Organisation..mari kita doakan supaya lebih ramai akan sedari hakikat..

Anonymous said...

udah chor hoi.Ape chor buat lagi pati tu dah berkarat.kalu karat boleh di braso tak ape ini karat dah reput.Udah udah le tu.Ajak semua Nyah ,Wan Bibah,Serepah,Wah Bihah,Lekor dan lain undi PAKATAN RAKYAT.Kalu deme tak buat eluk kita nonggah kain pasa deme.Bior deme rase.

Linkwithin