Wednesday, April 24, 2013

Pernah Tak Tengok Tali Gantung Yang Sebenar?..Hukum Hudud Suatu Perbincangan

Tiada Hukuman Gantung Dalam Undang Undang Islam

Hukuman Gantung Adalah Menyakitkan

Dalam Perlembagaan Persekutuan Fasal 3: Ugama bagi Persekutuan (1) Ugama Islam ialah Ugama Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana mana bahagian Persekutuan ",tetapi ianya tidak dinikmati oleh ugama Islam.

Apabila umat Islam di Malaysia hendak beramal dengan Kanun Jinayah Syariah,termasuk bab hudud,qisas,ta'zir dan diat,maka di dalam Perlembagaan Persekutuan melarang pemakaiannya.Contohnya,Enakmen Jinayah Syariah Negaeri Kelantan dan Terenganu,walaupun sudah dapat perkenan Sultan Kelantan dan Terenganu,tetapi pihak Polis dan pendakwaraya enggan menguatkuasakan undang undang ini,atas halangan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan dan Pemerintahan Umno/BN.

Selagi undang undang Enakmen Jinayah Syariah tidak dapat dilaksanakan kepada umat Islam dan Undang undang Malaysia Kanun Keseksaan Akta 574,masih lagi dikuatkuasakan kepada umat Islam oleh kerajaan Umno/BN,maka mereka yang menyokong dan mengundi kerajaan Umno/BN secara jelasnya telah terjebak melakukan syirik kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Sila rujuk mustika hadith no 5,ms 32 dan 33 terbitan bahagian agama Jabatan Perdana Menteri yang ditandatangani oleh Tun Abdul Razak menyatakan,

Dari Abdullah Bin Mas'ud ra katanya Rasulullah saw bersabda,"Sesiapa yang mati dalam keadaan melakukan sebarang syirik terhadap Allah,masuklah ia kedalam neraka"(Bukhari dan Muslim).

Sheikh Abdullah Basameh antara lain menghuraikan:-Demikian juga amatlah salahnya menerima sebarang undang undang dan peraturan atau hukum hakam yang diadakan oleh yang lain dari Allah,kecuali sekadar yang berdasarkan aturan,kenyataan atau pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw.

Ada pun Undang Undang Malaysia Kanun Keseksaan,Akta 574 yang digunapakai di mahkamah kerajaan UMNO/BN adalah sah bukan dari hukum hakam Allah dan bukan juga dari Rasulullah saw.

Contoh:
Seksyen 302,Seksaan bagi kesalahan membunuh orang,gantung sampai mati,tiada peluang oleh waris dan bayaran diat
Seksyen 323,seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera,penjara 1 tahun dan denda.
Seksyen 376 rogol,penjara 5 tahun dan sebatan.
Seksyen 379 Hukuman bagi kesalahan mencuri adalah dipenjara 7 tahun dan denda.dll

Ada pun contoh undang undang diatas adalah syirik.

Sumber Risalah Edaran Pas Parit.
Gambar Ehsan:Encik Isma

1 comment:

Yong said...

Salam TBO

Yong pernah buat kerja partikal dalam penjara. DSAI mungkin satu kekecualian, sebab kena racun arsenik. Kebanyakan banduan (lebih2 lagi yang masuk sebab dadah) jadi gemuk bila masuk sebab makan tidur jer...Rugi duit pembayar cukai.

Linkwithin