Wednesday, July 23, 2008

Pemimpin Pas sudah pandai khianat ?

Kini gempita tahyul " muzakarah" Pas - Umno ,sudah lenyap kes liwat, sudah "leboh" kisah minyak naik, beras naik, lenyap sudah kisah "banyak naik".
Nampaknya media perdana kembali berjaya "mewabak" kan virus perpecahan melayu, ketuanan Islam ini modal UMNO dari dulu kini daan selamanya.

Kisah pemimpin pas yang membuat pertemuan sulit dengan ketua rejim UMNO amat menyentap perasaan para pengundi yang telah memberikan kepercayaan penuh kepada saf kepimpinan PR umumnya.
Mungkin dari keberkesanan "muzakarah' tersebut membuatkan para pemimpin UMNO begitu bernafsu dan terlihat wajah "jujur' pejuang - pejuang perut UMNO . Setiap masa mengungkapkan adalah wajar pas bersama - sama UMNO didalam BN.

UMNO sedang nazak dalam PRU 12 lalu sempat memujuk beberapa orang pemimpin PAS lalu bertemu dan sanggup membaiah pemimpin pas sebagai 'rakan sepemerintahan' .
Maka terpaculah nama Ustaz Nasarudin Mat Isa Timbalan Presiden, Ir Khalid Abd Samad, Dato Mustafa Ali setelah puas bersilat menafikan akhirnya Presiden PAS Dato Seri Haji Abdul Hadi mengakui bahawa peristiwa itu memang tercatat dalam sejarah hitam PAS.

Tetapi maruah Pas masih terselamat kerana idea ini ditentang oleh Mursyidul Am Dato NiK Abdul Aziz Nikmat sambil beliau menyifatkan "ORANG ISLAM JANGAN DIPATUK OLEH ULAR DIDALAM LUBANG YANG SAMA ."



Sememangnya benar telah TGNA daripada pengalaman lepas UMNO belum terbukti jujur apabila berjanji dengan Parti Islam ini.Belum sempat Pas menjelaskan kepada rakyat tentang perkara sebenarnya tiba - tiba Presiden UMNO yang merangkap PERDANA MENTERI membuat kenyataan bahawa memang UMNO dan PAS pernah berunding sebanyak tiga kali....

Kenyataan ini lagi memporak perandakan PAS dan meluluhkan hati para penyokong yang terasa dikhianati .Umno adalah sebuah organinasi yang mengamalkan pecah dan perintah jelas mereka sebenarnya bukan mahukan PAS sebagai rakan malah hanyalah sebagai 'alat' untuk kepentingan politik perkauman yang kotor.



Soalnya sekarang kenapa pemimpin Pas terbabit sanggup membelakangkan MURSYIDUL AM setelah diasak oleh media TGNA membuat kenyataan yang beliau tidak tahu menahu tentang 'pertemuan haram' itu. Apakah sudah ada pemimpin Pas yang bersedia untuk khianati perjuangan? Sepatutnya Pas perlu lebih berhati - hati bila berhadapan dengan UMNO , lihat bila kita diambang Muktamar tahunan mereka "membaling BOM" akhirnya mesyuarat itu nanti bakal menjadi medan bertikam lidah akhirnya fokus kita hilang.



JANGAN SIA -SIAKAN SOKONGAN RAKYAT DALAM PRU 12.

No comments:

Linkwithin