Sunday, July 20, 2008

Shamsul Bidas Abis Najib.Musa Hassan Dan Ghani Patail

Ketua AMK Malaysia
Shamsul Iskandar Mohd. Akin

Kehadiran Ketua AMK Malaysia Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam majlis penerangan isu - isu semasa di Dewan Orang Ramai Bota Kanan mendapat sambutan yang di luar dugaan.Beliau menjelaskan terdapat konspirasi politik yang terancang untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu Ketua Keadilan Negeri Perak Ustaz Zulkifli Ibrahim menyampaikan ucapan mengenai isu keruntuhan kerajaan Pakatan Rakyat menjelang 31 Ogos ini.Dengan tegas beliau menafikan sekeras-sekerasnya akan berlaku sedemikian memandangkan setiap Adun Pakatan Rakyat telah menandatangani surat perletakkan jawatan yang tidak bertarikh dan ikrar taat setia.Jikalau mana -mana Adun PR yang melompat secara automatik pilihanraya kecil akan diadakan kerana taraf Adunnya gugur serta merta.

Di awal majlis pengumunan Ketua kampung yang baru dilantik dilakukan serta di perkenalkan kepada umum.Visual di paparkan di Saluran Keme Untuk Kome.

No comments:

Linkwithin