Pemilihan Ketua Bahagian Umno Parit kali ini terdapat pertandingan di antara penyandang Ketua Bahagian oleh Adun Belanja Datuk Haji Zaim di tentang Adun Bota Datuk Nassaruddin Hashim.Regu Adun Bota adalah Nassaruddin Alang Saidin yang bertanding jawatan Timbalan Bahagian Parit.
Pertembungan ini telah meresahkan kedua-dua penyokong calon terbabit.Seperti biasa ada pihak akan mengambil kesempatan meraih untung dengan menjadi 'talam dua muka'.Persoalan adakah wujud perpecahan kelak kerana adat pertandingan pasati ada kalah dan menang.Mengikuti tradisi Umno yang kalah pasti akan di humbankan ke tebin.Inilah yang berlaku pada Tengku Razaleigh suatu ketika dulu walaupun tewas tipis.
Dari pencalonan awal Adun Belanja ketinggalan sebanyak 4 - 0 setakat empat cawangan bersidang.
Udah rasa wartawan Umno Parit pulak.Bukan apa sekadar memberi gambaran Umno Parit sedang bertarung sengit dalam peperangan sesama sendiri.Ini bukan bermakna pendokong Pakatan Rakyat harus berehat seketika malah ia sepatutnya menggandakan usaha kita memutihkan kawasan hitam kepada putih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
Kita bakal menawan semula Parlimen Parit dalam PRU 13 nanti,semua jentera Pakatan Rakyat di Daerah Perak Tengah harus terus mengempur walaupun Umno kini dalam keadaan bertahan.Banyakkan majlis penerangan dalam usaha mendekati masyarakat di pelusuk kampung.Telok Bakong Online pasti memberi kerjasama jikalau dipanggil.
No comments:
Post a Comment