Wednesday, July 23, 2008

Vaksin T2G2, Penawar Virus Muzakarah

Muzakarah, telah sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan di kalangan rakyat Malaysia . khususnya bagi pimpinan, ahli-ahli dan penyokong PAS.

Perkara sudah berlaku, isu sudah merebak, apa yang harus ditangani sekarang ini ialah mengawal daripada keadaan menjadi lebih buruk, sebelum ia menjadi kronik dan acute, itu sahaja

Siapa yang bersalah?

Tidak perlu dipersalahkan kepada mana-mana pihak, UMNO ataupun PAS. Kerana masing-masing ada nawaitu tersendiri, sebenar dan tersirat di sebalik yang tersurat. Ini haru diterima, baik atau buruknya.

Makna asal muzakarah sangat baik, sangat mulia, yang menjadikanya buruk, seperti sekarang kerana nawaitu yang salah, UMNO mungkin ada maksud lain, itu SAHAJA. Ini pada kepercayaan orang ramai.

Bagi UMNO, ia dikira sudah berjaya, kalau diperhalusi betul-betul, iaitu salah satu tujuannya ialah UNTUK MENIMBULKAN KERESAHAN, KERETAKAN dan PERPECAHAN dalam PAKATA RAKYAT.

Alahamudlillah [ kata orang-orang UMNO, khususnya pemimpin-pemimpinnya ], kita sudah berjaya.

Apa itu matlamat atau serampang dua [2] mata UMNO?

Salah satu matlamat utama, iaitu kemuncak atau manifestasi daripada exercise ini ialah untuk MEMECAHKAN PAKATA RAKYAT.

Walaubagaimanapun, ia masi di peringkat awal lagi. Masih jauh dari mencapai kejayaannya. Tetapi, riaknya sudah bermula.

Ianya dibuat dengan cara yang cukup halus, dengan memasukkan ’VIRUS’ perkauman yang ’RESISTENCE’ dan ’VIRULENCE’, iaitu tahan dan kebal daripada segala jenis vaksin dan antibiotic, setakat hari ini. Tahap ketahanan atau kekebalan virus ini lebih daripada Virus HIV. Virus itu ialah Virus Muzakarah

VIRUS MUZAKARAH

Berbalik kepada soal MUZAKARAH UMNO-PAS [ kalau nak buat juga elok guna nama lain, seperti MUZAKARAH ISLAM ], ........kalau dapat baca petikan berita di bawah, tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan kesimpulan yang lebih tepat dan benar serta adil. ........, satu-satunya sasaran utama ialah komponen Pakatan Rakyat dari kaum Cina dan India. Jangan ada yang menafikan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor, tidak akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, sekiranya bukan kerana sokongan paling padu dalam sejarah pilihanraya di Malaysia, oleh kaum Cina dan India, kepada PKR, PAS dan DAP.

Siapa yang berani menafikannya?

Ada lagi yang berani menafikannya sehingga kini?

Sekiranya ini dapat dibuat, iaitu kaum Cina dan India dapat dicucuk dengan Virus Muzakarah ini, yang pasti akan menimbulkan ’kebengkakan’, ’swollen’ dan bisul dalam Pakatan Rakyat, tidak dapat tidak

Sekiranya belum ada lagi, dan setakat ini belum ada vaksin dan antibiotic yang berkesan, maka bisul tadi terpaksa dipotong. Maka hilang lah bisul pada bahagian tadi.

Tetapi tidak semestinya tubuh yang sudah hilang anggotanya tadi, menjadi semakin baik dan sempurna. Apa kata kalau bisul yang kronik tadi berada pada bahagian kaki kiri, maka kaki kiri lah yang terpaksa dipotong.

Lahiriahnya tubuh tadi masih boleh hidup, dengan atau tanpa tongkat palsu, tapi cacatlah ia pada pandangan manusia. Kecuali babi [ tidak bermaksud Babi Negara ], makhluk Allah ini tidak diberikan akal, untuk menilai, samada tubuh yang sudah tidak berkaki itu sempurna atau tidak.

Kecuali Babi Negara [ saya tidak tahu kepada siapa istilah ini digunakan, tapi kalau maksudnya kepada Barisan Nasional ], sebagai manusia, sudah pasti ia akan kata tubuh tadi sudah tidak sempurna. So, apa lagi kekuatan dengan tubuh tanpa kaki?

Kesimpulannya

Atas kita belaka, tuan-tuan dan puan-puan nak sokong atau tidak muzakarah ini. Tidak ada orang boleh halang.

Vaksin T2G2

Hanya vaksin TGHH dan TGNA, kalau dalam istiliah pemakaian nama yang komersial untuk didagangkan, kita pakai singkatan nama T2G2, T2G2 stands for Tok-tok Guru

Hanya kenyataan rasmi kedua-dua TOK-TOK GURU, selepas muktamar di Ipoh bulan depan, yang memutuskan secara rasmi, majlis syura dan muktamar menolak diteruskan muzakarah, akan memboleh isu ini mati setakat itu sahaja.

Andaian semata-mata

Muzakarah, pada peringkat awalnya, nawaitu TGHH betul, iaitu untuk kebaikan islam dan orang-melayu.

Bila dah 3 kali jumpa, hasil laporan wakill-wakil PAS, kepada Jawatankuasa Syura, dirumuskan ia patut dan harus diteruskan, tetapi mengikut ’bacaan’ TGHH, TGNA dan pimpinan, Pak Lah ada muslhat tertentu.

Maka, muzakarah ini dipersetujui untuk diteruskan, TETAPI, dah dimasukan strategi-strategi tertentu dimana, Pak Lah masih [ tidak diberitahu secara jujur kepada pihak PAS, nawaitu sebenar UMNO untuk memerangkap PAS ], memegang niat asal, iaitu mencari keuntungan peribadi dan parti, dan tidak lebih dari itu.

Maka, setelah Pak Lah membuat pengumuman rasmi mengenai muzakarah dan pertemuan 3 kali tersebut, dan TGHH juga membuat kenyataan balas memperakukannya, timbul pelbagai andaian dan spekulasi, seperti kenapa Pak Lah dan TGHH tak buat kenyataan bersama, dalam upacara khas, atau program khas, ini tiak....... Pak Lah buat statement macam tangkap muat saja, dalam event yang tidak berkaitan pulak tu, bagi isu sebesar ini. So, sejak daripada itu, timbul lah reaksi pelbagai, pro dan kontranya.

Ini ditambah dengan kenyataan TGNA, Husam, Mahfuz dan lain . lain lagi, yang menolak muzakarah UMNO & PAS.

Maka, sehubungan dengan itu, PAS juga memasang strategi tersendiri, ’menyedari ’ Pak Lah sudah lari dari matlamat, TGHH telah menasihati TGNA supaya mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti yang tuan-tuan dan puan-puan lihat dan baca selama ini, iaitu menyanggah dan MENOLAK diadakan dan diteruskan muzakarah ini.

Walaupun nampak bercanggah dan tidak ada persefahaman dalam isu besar sebegini, tetapi itulah STRATEGI namanya. Tidak mungkin TGHH, TGNA dan Husam, betul-betul tidak ada persefahaman dalam isu ini. Tidak logik dan akal yang waras tidak dapat menerimanya.

Cuba baca dalam SIASAH, 0107, bertarikh 20-26 Julai 2008 terbaharu, temuramah MSO dengan TGHH, sangat jelas andaian di atas ada kebenarannya. Baca betul-betul, kaji betul-betul. Pegang ayat yang bermaksud ni.....apa-apa pun, kita akan rujuk kepada Jawatan Jawatankuasa-jawatankuasa dan Majlis Syura dll. Saya bermasud, apa yang TGHH menyatakan kesediaan beliau itu, adalah pendapat dan ulasan peribadi sahaja. Parti yang berhak menentukannya.

Begitu juga, begitu dengan sanggahan keras YB Dato’ Husam, menolak muzakarah ini. Hubungan TGHH,TGNA, Husam, Mahfuz dan lain-lain dalam PAS dan Pakatan Rakyat, tidak tergugat dan terjejas langsung, kata mereka-mereka ini

Pak Lah sebenarnya yang sudah terperangkap.
Betul tak?
Hilang nak perangkap orang, dia yang terperangkap kini?
Apa Pak Lah nak kata lepas ni?
Malu aku !!!!!!
Malu aku !!!!!
Malu aku !!!!!!!!!

Apa pulak Pak Lah nak buat lepas ni?
Rasanya lagi besar lepas ini akan keluar dalam masa terdekat.
Isu muzkarah akan mati, liwat 2 pun sedang nak mati, Isu DEBAT pun dah mati, Isu MINYAK naik dah mati, isu Protes satu juta rakyat dah mati, Lingam dah mati, Alatantuya dah tak boleh diperkatakan, TDM keluar UMNO dah mati, dan lain-lain dah mati .....................lepas ni isunya ’PAK LAH MASUK PAKATAN RAKYAT ”, ia itu sebelum 16 september 2008

Tak percaya?
Ni cerita betul tau !!!!!!!!!
jangan buat spekulasi lagi !!!!!!!!!!!!!!


Memetik beberapa ayat dan perkataan dari berita di bawah, dan mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan membuat penilaian secara benar,tepat dan adil, boleh kan ;-

PETIKAN 1 : BUANG SIKAP CURIGA TERHADAP MUZAKARAH [ baca berita asal di bawah ]

i. Kebimbangan bahawa muzakarah itu akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan ahli-ahli Pas dan keretakan hubungan dengan Pakatan Rakyat bergantung kepada matlamat politik masing-masing.

ii. Dalam hal ini, yang penting ialah keikhlasan di hati pemimpin-pemimpin kedua-dua parti ini. Cakaplah apa sahaja mengenainya tetapi matlamat pertemuan perpaduan Melayu itu perlu menjadi keutamaan.

iii. Satu titik penyelesaian masalah kerapuhan perpaduan yang menghantui bangsa Melayu ini perlu segera dicari.

iv. Tidak ada lagi pihak lain yang boleh diletakkan harap an untuk perpaduan Melayu dan agama Islam ini kecuali UMNO, sebuah parti bertunjangkan Melayu dan Pas, yang penubuhannya bertujuan memperjuangkan Islam.

PETIKAN 2 : Muzakarah bukan perkauman [ baca berita asal di bawah ]

i. Muzakarah antara pemimpin Pas dan Umno tidak harus dilihat dari sudut perkauman yang sempit
ii. ia juga tidak membelakangkan konsep pelbagai kaum, apatah lagi Umno adalah parti utama dalam Barisan Nasional (BN) yang mendukung kepentingan semua kaum
iii. Katanya, sebarang dakwaan yang mengatakan muzakarah itu bertujuan membela kepentingan satu kaum saja tidak tepat dan pandangan berkenaan bersifat perkauman
iv. Kenapa apabila pemimpin Melayu jumpa pemimpin Melayu dianggap perkauman? Tapi bila pemimpin kaum lain jumpa pemimpin sama kaum tidak dianggap perkauman. Jadi, jangan berfikir secara perkauman
v. Shahrir diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang meminta sebarang pertemuan pemimpin parti perlu membincangkan kepentingan rakyat keseluruhan, bukan kaum tertentu.


BUANG SIKAP CURIGA TERHADAP MUZAKARAH


KETIKA usaha-usaha mengadakan muzakarah antara UMNO dan Pas berhubung pelbagai isu membabitkan orang Melayu dan Islam di negara ini semakin hampir menjadi kenyataan, jangan perselisihan pendapat membantutkannya.

Muzakarah antara kedua-dua parti Melayu itu sesuatu yang baik dan digalakkan oleh Islam.

Memang Pas pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1974 hingga 1978.

Kebimbangan pengalaman lalu mungkin berulang sepatutnya tidak menjadi halangan utama untuk kedua-dua pihak duduk berbincang.

Muzakarah ini adalah satu usaha demi kebaikan orang Melayu dan Islam serta negara pada amnya.

Kebimbangan bahawa muzakarah itu akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan ahli-ahli Pas dan keretakan hubungan dengan Pakatan Rakyat bergantung kepada matlamat politik masing-masing.

Dalam soal ini, semua pihak perlu realistik dan menerima perubahan semasa. Kita tidak perlu takut dalam memperjuangkan soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Soal-soal politik walaupun penting, perlu diketepikan buat sementara waktu.

Kita juga tidak boleh terlampau berprasangka terhadap perkara-perkara yang baik. Elakkan tafsiran-tafsiran negatif mengenai niat baik ini.

Kita bimbang, jika banyak tafsiran, akan berlaku kekeliruan dan akhirnya menimbulkan fitnah.

Sehubungan itu, halangan-halangan untuk menuju 'jalan yang lurus' perlu dibuang jauh-jauh. Umat Melayu dan Islam di negara ini tidak mampu lagi untuk terus berpecah dan bermusuhan.

Dalam hal ini, yang penting ialah keikhlasan di hati pemimpin-pemimpin kedua-dua parti ini. Cakaplah apa sahaja mengenainya tetapi matlamat pertemuan perpaduan Melayu itu perlu menjadi keutamaan.

Satu titik penyelesaian masalah kerapuhan perpaduan yang menghantui bangsa Melayu ini perlu segera dicari.

Buang seketika pertimbangan-pertimbangan kepartian ketika membicarakan tentang perpaduan Melayu/Islam ini. Fokus harus kepada kepentingan bangsa dan agama, tidak yang lain.

Tidak ada lagi pihak lain yang boleh diletakkan harap an untuk perpaduan Melayu dan agama Islam ini kecuali UMNO, sebuah parti bertunjangkan Melayu dan Pas, yang penubuhannya bertujuan memperjuangkan Islam.

Kedua-dua perkara utama itu amat relevan dalam keadaan sekarang. Apabila Melayu semakin goyah, maka dengan sendirinya Islam akan turut menerima tempiasnya. Dengan perkataan lain, jika Melayu lemah, Islam tercabar.

Sehubungan itu, sekali lagi ditekankan bahawa, muzakarah yang dicadangkan itu perlu diteruskan demi kepentingan bukan sahaja orang Melayu tetapi juga seluruh rakyat negara ini.

Lagipun, isu perpaduan Melayu bukan perkara baru, malah telah berlarutan sejak sekian lama. Ia perlu diselesaikan segera. Jangan nanti kita diketawakan kerana semangat 'hangat-hangat tahi ayam.'


Muzakarah bukan perkauman
Oleh Fazallah Pit

GEORGETOWN: Muzakarah antara pemimpin Pas dan Umno tidak harus dilihat dari sudut perkauman yang sempit, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata muzakarah tidak wajar dilihat dalam konteks Melayu saja, tetapi turut mencakupi hal lain seperti agama.

Beliau berkata, ia juga tidak membelakangkan konsep pelbagai kaum, apatah lagi Umno adalah parti utama dalam Barisan Nasional (BN) yang mendukung kepentingan semua kaum.

Katanya, sebarang dakwaan yang mengatakan muzakarah itu bertujuan membela kepentingan satu kaum saja tidak tepat dan pandangan berkenaan bersifat perkauman.

“Kenapa apabila pemimpin Melayu jumpa pemimpin Melayu dianggap perkauman? Tapi bila pemimpin kaum lain jumpa pemimpin sama kaum tidak dianggap perkauman. Jadi, jangan berfikir secara perkauman,” katanya selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pendidikan Pengguna Berkesan Untuk Guru Penasihat Kelab Pengguna Sekolah Menengah di Bayan Lepas dekat sini, semalam.

Shahrir diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang meminta sebarang pertemuan pemimpin parti perlu membincangkan kepentingan rakyat keseluruhan, bukan kaum tertentu.

Sambil meminta orang ramai tidak membuat reaksi berlebihan berkaitan muzakarah itu, Shahrir berkata, semua pihak bebas mengadakan pertemuan bagi menyatakan pandangan demi kebaikan rakyat dan negara.

Katanya, Umno juga tiada halangan jika DAP mahu mengadakan perbincangan dengan Pas kerana parti itu sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi.

"Ini soal muzakarah untuk kepentingan rakyat. Bukan hanya sekelompok rakyat. Kita bincang macam-macam, jadi tuduhan pertemuan itu berasaskan semangat perkauman tidak wajar," katanya.

Terdahulu, Shahrir berkata, perbelanjaan sambutan Hari Pengguna anjuran kementeriannya minggu ini, kurang RM2 juta berbanding RM5 juta, tahun lalu.

Beliau berkata, ia selaras langkah penjimatan dengan mengutamakan perbincangan tokoh kepenggunaan berbanding upacara perasmian.

No comments:

Linkwithin