Monday, June 8, 2009
Kerajaan Perpaduan?Boleh Blah...
Usul Presiden Pas TG Hj Hadi mencetuskan isu panas terutama di dalam PAS sendiri.Jelas pertembungan antara TGHH dan TGNA.PAS dibawah TGHH sentiasa membelakangkan perasaan PKR dan DAP.Sudah terlalu yakinkah PAS boleh berdiri sendiri?
Apakah perlunya berurusan dengan UBN sedangkan matlamat PR untuk membenamkan BN itu sendiri.Apakah rasionalnya cadangan tersebut!!PAS masih tidak matang dikalangan pemimpin utamanya berbanding golongan akar umbi yang lebih peka dan sensitif menjaga perasaan PKR dan DAP.Mengapa Anwar berdiam diri...ini jelas menunjukkan kematangan politikus yang berpengalaman dengan adu domba UBN.
Janganlah kerana rakus dengan kuasa yang baru sejengkal sudah merasa gagah perkasa tak tentu hala.Jantan sangatkah PAS untuk keluar dari PR?Layakkah PAS 'menawarkan diri' untuk memimpin PR.Terengganu pun terlepas masih tidak mengambil iktibar.Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasa pun sudah berani menyindir TGNA.
Kalaulah PAS golongan pro TGHH dan Ustaz Nasa ingin menunjukkan kuasa semoleknya berterus teranglah keluar dengan PR.Inilah lebih baik dari menikam dari belakang.Biarlah pro TGNA dan Husam keluar PAS masuk PKR ker atau tubuh parti lain yang bergabung dengan PR.Ir . Nizar lebih serasi dengan TGNA dan Anwar pada pendapat teman.
Ini satu cara mengajar agar jangan bertindak sendirian setelah berjanji bersama PR melawan UBN kini seolah memberi nafas kepada UBN..Sepatutnya peluang yang terbuka luas ini di gunakan membenam UBN seberapa segera.TGHH and The Gang adalah duri dalam daging buat PR...
Penulis:
KTB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
BILA INGAT SUDAH KUAT...
bila ingat sudah kuat,
mulalah rasa diri hebat,
cakap ketua tidak lekat,
lu memang tak beringat,
sejarah lama masih terpahat,
bila lemah mereka rapat,
bila kuat mereka sekat,
bila kuat mereka lipat,
janganlah dibuat2,
rundingan dgn parti karat,
mereka pernah khianat,
kenapa perlu rapat2,
kenapa terhegeh hegeh dekat2,
apa yang lu dapat!
tolonglah dengar pilihan rakyat,
jangan dikhianati amanat rakyat,
jangan fikir sudah kuat,
lu lupa jalan yang berkat..
kita sudah ada sepakat,
3 parti yang sudah rapat,
teruskan muafakat,
berganding bahu untuk kesejahteraan rakyat.
http//kasutkularrie.blogspot.com
Assalamu`alaikum w.b.t;
Boleh tak saudara hentikan memberi ulasan ke arah perpecahan di kalangan ahli PAS? Sebaliknya saudara berusaha demi Islam cuba sedaya upaya mencari penjelasan dengan apa cara sekalipun dalam batasan syariat supaya ukhuwah di kalangan peimimpin dan ahli dan penyokong PR menjadi murni. Adakah saudara rasa saudara sangat mulia di sisi Allah, begitu hebat, sangat memahami selok-belok politik, sentiasa bangun malam bermunajat agar PAS menjadi bertambah kuat, menangis di dua pertiga malam takut jika dengan tulisan saudara mendatangkan dosa?
Wallah huaklam.
Untuk perhatian raibachiba,
saya amat tertarik komen anda , cuma saya ingin menambah bahawa saudara sepatutnya terlebih dahulu menyelami hakikat dalaman pas . bermula dipegang oleh datuk asri dulu sahingga sekarang . dimana nya berlaku perpecahan dimana asri telah masuk bn lantas kelantan telah diheret ke kancaha perpecahan parti .
apa terjadi dengan mat nasir setelah ditubuh berjasa dan banyak lagi serpihan serpihan pas pada masa itu.
kenapa kelantan di MAGERAN kan.
Pada pandangan saya dia orang tidak mahu pisang berbuah 2 kali.
kenapa samad ghor di kapak kan. kenapa zulkifli mohd dilanggar.kenapa dan kenapa banyak lagi persoalan yang perlu dijawab.
kenapa ada perumpamaan saperti kadok naik junjung.
sekarang ini kita perlu kembali kepada fakta apabila kita mengeluarkan hujah.
cubalah faham dimana bermulanya pas dikelantan.
cuba fikir berapa negeri di tanah melayu pas boleh masuk. semasa perikatan pada masa itu berlambangkan kapal layar.
dimanakah pas berpusat pada masa itu . apakah perjuangan mereka itu tidak betul.
sekarang ini pas baru cuba nak melebar sayapnya pucuk pinpinan sudah extrem.
JANGAN LUPA SEJARAHLAH YANG MENENTU KEADAAN HARI INI.
WASSALAM.
pas lama.
Ana setuju
1. UMNO ni umpama Org Munafiq/Org Yahudi..yg ada perancangan jahat mereka. Dulu kini dan selamanya..Bacalah sejarah dulu, la ni..Polis, SPR semuanya tunggangan UMNO
2.Lihat2 la organisasi2 yg menyokong mereka..dari mana laba mereka dapat..sponsor dari puak2 mana. Jadi bo..layan mereka ni. Diorg ni MASTER MIND dlm perancangan. Tak leh Isu Org Melayu bawak Isu Derhaka RAJA la ni bawak Isu Kerajaan perpaduan..Nampak dak perancangan master Mind Politik dalm UMNO.
3.PAS tak perlukan UMNO..kalau nak suruh je najib keluar UMNO masuk PAS..bubarkan UMNO.
4.Kalau PAS memerintah dgn cara kerajaan perpaduan..takkan Najib nak mintak tutup siasatan Altantuya..lu pikir la sendiri ..Dan TGHH nak tutupkan Kes-kes org UMNO..?
TGNA banyak pengalamannya menentang UMNO di Kelantan. Setakat di Perak tu celah gigi je..tu pun kelam kelibut..turun naik mahkkamah..Keje sapa..keje UMNO dan mereka ni tak akan henti2..La ni bila lemas mereka cuba berpaut dgn PAS ..sok2 dengan PAs mereka lemaskan..Ingatlah sejarah Dr Asri dulu wehh kome..
Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.
Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.
Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.
Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.
Terima kasih di atas komen2 saudara.Perbezaan pendapat bagus untuk kita..
Post a Comment