Sunday, June 7, 2009

Kerajaan perpaduan: Nik Aziz tolak idea Hadi, anggap "karut"


mSTAR
Ahad Jun 7, 2009


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan idea karut yang boleh merugikan PAS.

"Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan," kata beliau semalam.

Bercakap dalam ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Malawati, Nik Aziz berkata, beliau sendiri tidak faham bagaimana cadangan seumpama itu timbul sedangkan parti itu telah mengambil ketetapan untuk menyokong Pakatan Rakyat yang dianggotainya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Saya tak faham macam mana (timbul)... kita sudah buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan Rakyat," katanya.

Kenyataan Nik Aziz itu ternyata bercanggah dengan pandangan Abdul Hadi yang terus menaruh keyakinan bahawa cadangan pembentukan kerajaan perpaduan akan tetap diterima satu hari nanti.

Selain itu Nik Aziz turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama Umno yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa.

"Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh," katanya.

Sambil menyifatkan Umno sebagai samseng politik, Menteri Besar Kelantan itu turut mengingatkan supaya Umno terus dimusuhi dan dibasmi.

"Umno adakah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan.

"Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu," katanya.

3 comments:

Tuk Ketuo said...

Agaknya apa masalah orang dalam PAS yang sibuk sangat nak berpadu nak bersatu, nak tidur sebantal dengan umNO, dah banyak sepak terajang dan hinaan umNO terhadap PAS tapi pemimpin PAS (beberapa kerat) yang tak sedar diri masih dilihat macam orang gila talak.

Agaknya ada habuan besar kot atau pun tender tender yang bakal menjadikan kaki gila talak nih kaya raya, tak rugi kalau tak rapat dengan umNO yang memang terang terang takda niat nak jaga agama yang kita sayangi ni.

Jangan la termakan dakyah kononya berdosa sangat kalau tak jalinkan hubungan dengan umNo
suruh umNo tu berubah dulu jaga agama ni macam jaga nyawa diorang baru boleh cakap banyak...

Amaran kepada kaki gila talak dalam PAS kalau tak nak hilang penyokong buat la kerja tak senonoh.

Den mungkin la tak pandai politik sobab bukan ahli mano mano parti, tapi jiwo den dan rakan rakan dah lamo sokong PAS ni tapi sekarang raso sakit hati dan kecewo sobab kami tolak umNO dan amik PAS tapi PAS pulak amik umNO hantu la macam ni.

sunan said...

Hadi jer yang lebih2...dibantu pulak budak mentah si Nasha.diaorg ni bagak!!! orang lain kata x payah,dia nak jugak! Ego masing2 tinggi melangit!!! Dia bukan x tahu yang Pas dah pernah kena kencing haring ngan umno dulu??? Hadi seolah2 sengaja nak menjahanamkan kerajaan Pakatan!!!Aku dah naik meluat tengok Hadi ni!!!!

raibachiba said...

Kenapa masa krisis Perak, bila Anwar bercadang nak bincang dgn Najib..semua hanguk??? Saya memang benci UMNO sangat-sangat, tapi sebagai orang Islam paling tidak pun hormatkan ketua, tunggu TGHH terangkan dengan jelas apa yang beliau maksudkan...Hangpa faham ke Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh TGHH....dengarlah dulu...lepas tu bolehlah bgtau point mana yang tidak boleh dipersetujui...janagn sebab orang kata tak boleh kita pun bermati-matian kata tak boleh padahal tak tau hujung pangkal apa itu kerajaan perpaduan...

Linkwithin