Monday, April 13, 2009

Pas masih belum mampu mengantikan umno berdasarkan senario semasa .





kelulut@telokbakong.com

Empat pilihanraya kecil sudah memihak kepada Pakatan Rakyat .Dua kerusi dipertahankan oleh PKR.Manakala Pas berjaya merampas satu kerusi umno di Kuala Trengganu .

Terkini Pas berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan kemenangan yang mendebarkan. Kemenangan 'Mr Nice' Ir Nizar masih berpaut kuat pada sokongan kawasan bukan Melayu .

Walau bagaimana pun Pas telah melepasi sasaran 40 % sokongan melayu kepada 43 % .Pas yang ditunjangi kaum melayu Islam masih bergelut untuk mendapat sokongan padu dari ras mereka sendiri .

Ketelusan dan kejujuran Pas masih belum dihidu dengan baik oleh sebahagian pengundi Melayu.

Dimanakah silapnya ? apakah orang melayu sudah begitu terbius dengan corak pemikiran umno kuno ? .

Atau sebenarnya Pas masih gagal menyerlahkan kehebatan sendiri . Kegagalan menonjolkan pas sebagai pemerintah . Buktinya Pas masih bergantung kepada parti gabungan .

Pas dilihat hanya sebagai kawan yang jujur , dalam masa yang sama Pas berpaut kuat kepada isu yang melanda umno . Untuk terus relevan pas masih tercari - cari rentak untuk membuat pukulan maut kepada Umno .


Kekuatan Pas secara total amat berpengaruh hanya dikelantan . Dibahagian Utara pula Pas kedah mempunyai sedikit kekuatan dalaman sendiri .

Pas perak pula hanya bergantung kepada ikon muda Ir Nizar .Bakinya, kekuatan dan pengaruh DAP . Manakala PKR pula masih ' sokong membawa rebah ' jika berdasarkan kualiti Adun yang berjaya memperdaya pemimpin mereka sendiri .

Trengganu pula bertambah unik sokongan melayu terhadap Pas. Menurut kata seorang teman yang berasal dari negeri itu, " orang Trengganu melihat calon bukan parti " .

Saya bertanya, bagaimana PRK KT tempohari ? beliau menjawab ; " Pas untung kerana mereka tidak suka Wan Farid ! " .ujarnya .


Persoalannya sekarang dimana kekuatan sebenar pas ?


Kita akui diatas kertas Pas tidak boleh memerintah Malaysia tanpa Pakatan . Begitu juga Umno mereka pasti gagal tanpa BN .Walau pun begitu umno masih dominan dikalangan Melayu .

Tetapi sekurang - kurangnya mereka ada pengundi yang" hard core " mereka berada hampir disetiap kawasan pengundian . Cawangan mereka sentiasa wujud , cuma aktif atau pun tidak sahaja .


Berbeza dengan cawangan pas , lazimnya amat kurang malah hampir tiada .Misalannya diperak terutama parlimen parit . Gelombang rakyat yang mahu kepada pas sudah ada. Tetapi tarbiah dan maklumat sukar sampai kerana kurang sokongan akar umbi terlalu minimal .

ini petikan tulisan daripada setiausaha politik Ir Nizar ;


" Sejarah telah membuktikan, betapa pilihan raya kecil Bukit Gantang menyaksikan PAS sebagai sebuah parti Islam telah ditolak oleh majoriti orang Melayu. Mereka (Melayu) adalah semuanya beragama Islam! "

http://misabah.blogspot.com/2009/04/bukit-gantang-orang-melayu-tolak-pas_12.html

Sebenarnya kita tidak boleh ambil secara borong bahawa melayu kampung menolak pas kerana mereka jahil . Pas mesti turun kebawah melihat dan rapat kebawah mendekati rakyat secara bersemuka dan hikmah .

Pimpinan kawasan dan cawangan perlu erat bergandingan. Jangan hanya syok sendiri mendapat jawatan atasan . Realitinya penyokong mahu sentuhan rohani . Bukan hanya ceramah politik yang ' berguni - guni ' .

Sekalung tahniah buat pimpinan kelantan yang cuba ' berbaik' berdakwah kepada golongan artis .

Golongan muda adalah aset penting mereka memainkan peranan yang besar didalam PRU akan datang .

Pas jangan terlalu bangga ketika ini apabila belia cina dan india kini sudah berani mengibar bendera pas . Mereka kini sedang memprotes pemimpin mereka . Mereka bukan penyokong' hard core ' pas .

Jika masalah mereka sudah diatasi tidak mustahil mereka akan berpatah balik . Ketika itu pas akan kembali dagang.

Kesimpulannya Pas perlu ada kekuatan sendiri , bukan setakat ada .


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

1 comment:

Cicit Tok Mat Alam said...

Bang.. kalau untuk bahan bacaan gunakan color font warmna hitam kalau latarbelakang warna cerah.. tapi klu latarbelakangtu warna gelap.. tak pe la guna putih... tapi seelok2nya tulisan tu guna la contra color dengan latarbelakang...

Linkwithin