Tuesday, February 17, 2009

Pakatan Rakyat menuju puncak 3 Bukit ( Lanjan , Gantang ,Selambau )



kelulut@telokbakong.com

17.02.09


Nampaknya senario politik Malaysia terus mendapat perhatian .Belum pun reda ribut PRU 12 menyusul Permatang pauh , Kuala Trengganu , paling gempar kejatuhan Kerajaan PR Perak .

Sedang perhatian tertumpu ke Perak, Ahli Parlimen Bukit Gantang ( Pas ) meninggal dunia .Disusuli perletakan jawatan Bukit Selambau ( PKR ) sebagai ADUN .Terkini ADUN Bukit Lanjan ( PKR ) juga dijangkan akan meletakkan jawatan akibat pengedaran foto separuh bogel beliau .


Keputusan tarikh PRK Bukit Gantang , Selambau telah ditetapkan 7 April depan . Saya menjangkakan Bukit Lanjan juga akan berlansung pada tarikh yang sama .


PRK kali ini dijadikan sebagai penanda aras apakah parti bertanding diterima pengundi .Setelah berlaku kemelut politik yang melibatkan pihak Istana yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi pola pengundian .

BN khususnya UMNO mahu membuktikan bahawa mereka masih relevan. Tambahan pula mereka dikatakan telah mendapat suntikan semangat setelah menjatuh kerajaan PR perak secara Kudeta . Pihak Istana pula dinilai oleh rakyat seakan menyebelahi mereka .


PR pula bergelut dengan label derhaka yang ditampalkan oleh UMNO .Krisis demi krisis dalaman dilihat sebagai kurap yang perlu kepada rawatan segera .

Walaupun mood rakyat terhadap PR masih menebal dan mahukan kepada perubahan .Pemimpin penyokong Pakatan diingatkan jangan terlalu yakin .

Saya meramalkan bahawa 3 calon PRK kali ini terdiri daripada kalangan tiga kaum utama . Calon Cina di DUN Bukit Lanjan , Melayu di Bukit Gantang , dan India di Bukit Selambau .

Secara moralnya jika PR berjaya mempertahan kerusi terbabit maka ia adalah manifestasi bahawa 3 kaum utama telah diterima oleh rakyat . Jika berlaku sebaliknya pula , itu
sebagai amaran kepada PR .

Pemilihan calon yang tepat adalah penentu utama kejayaan .Kegelojohan dalam mencari calon akan menempatkan PR kedalam kebinasaan .

Pilihlah calon yang terbaik jangan hampakan harapan rakyat.Kami sudah rimas dengan politiking tanpa kawalan.


www.telokbakong.com

www.telobakong.blogspot.com

2 comments:

Amri Mat Saaid said...

aje meno kelulut kite udah jemu kemelut ni pilih le wakil yg ada intergriti dan bermoral, kene ade tapisan kali ni kalau calon cina (PKR) pastikan seperti hannah yeoh gamaknye

pejuang said...

Puak pakatan ni kalau bertanding menang, statementnya " rakyat dah buat pilihan, rakyat tolak BN..tapi asal kalah je statementnye mesti "SPR tak telus lah, ada Hantu lah, memacam lagi..memang puak ni tak bole terima kenyataan dan kekalahan macam yang sedang berlaku sekarang ni di Perak, Selangor dan Kedah.bawak bawak ler "bertaubat" (Kapal Sing mesti setuju ni).

Linkwithin