Thursday, February 19, 2009

Kerajaan Haram UMNO - BN Perak adalah boneka Najib



kelulut@telokbakong.com

19.02.09


Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini. ( 18.02.09 )

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.( mkini)

Inilah akibatnya jika terlalu kemaruk mahu mendapatkan kuasa .Tidak mampu bertarung dimedan pilihanraya mereka ( BN ) memperalatkan pihak - pihak yang tertentu.Kemudian mereka melaungkan bahawa rakyat telah kembali sedar dan menyokong BN .

Dengan episod terkini barulah Umno sedar bahawa mereka sudah tersilap langkah.Ura -ura bahawa ' drama ' akan berlanjutan apabila kes DUN perak akan dibawa kemahkamah.

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan mengikut peraturan dan undang-undang berhubung tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN.

Padah bertimpa , ada jalan mudah mahu dipersulitkan .Sudah terhantuk baru terngadah.

UMNO berjaya mengheret Istana kedalam kancah kotor politik mereka .Rancangan mereka hanya mahu melagakan pihak Pakatan Rakyat dan Istana .Harapan mereka agar rakyat mengubah pendirian .Buktinya media massa tidak henti - henti menyiarkan berita " sembah derhaka " Ir Nizar .

Sebenarnya UMNO lah bapa segala perderhaka dalam isu ini. Bayangkanlah jika keputusan memihak kepada Pakatan Rakyat .Sudah pasti maruah Istana Kinta juga akan terpalit .

Umno hanya mementingkan ' temolok ' politik tanpa memikirkan kesan jangka panjang .Hanya kerana mahu membuktikan kepada ahli Umno bahawa mereka masih relevan . Kini rakyat Perak yang menjadi mangsa .

Barisan ADUN ( UMNO - BN ) termasuk ' jaguh lompat ' benar - benar sudah dijadikan boneka Najib .

Bakal Perdana Menteri yang tidak pasti .Beliau mahu membuktikan bahawa beliau mampu mengembalikan kuasa " ajaib " UMNO .

Benarlah kata - kata ini ; " sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna " .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

No comments:

Linkwithin