Friday, February 20, 2009
BN Vs PR :Menang jadi abu kalah jadi arang , Rakyat rentung !
kelulut@telokbakong.com
20.02.09
Seramai 80,000 pekerja di negara ini menghadapi pemberhentian kerja sementara sehingga hari ini, suatu peningkatan yang mendadak berbanding 45,000 yang dicatat pada akhir bulan lalu.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata jumlah pekerja yang diberhentikan sepenuhnya juga meningkat daripada 15,000 kepada 19,000 untuk tempoh sama.
Beliau berkata, jumlah yang tinggi bagi pemberhentian sementara itu adalah kerana ia terdiri daripada pelbagai kategori, lapor Bernama.
Rakyat semakin tertekan disaat harga barang keperluan masih tinggi. Bencana kehilangan pekerjaan menambahkan derita.
Media massa lebih minat untuk membuat liputan kisah bogel , kisah derhaka , kisah speaker perak . Liputan berita begini yang menjadi pilihan mereka.
Rakyat sudah dikaburkan daripada kisah yang sepatutnya mereka tahu.Lebih utama media massa wajib memberi peringatan secara konsisten tentang ancaman krisis ekonomi yang melibatkan periuk nasi secara langsung.
Rakyat sewajarnya di ingat tentang tabungan , berjimat, pelaburan , perbelanjaan perubatan dan pelbagai cara menambah serta menstabilkan ekonomi keluarga.
Kini Pemuda Umno sibuk menghimpunkan pemuda kononnya untuk mempertahankan Intitusi Raja Melayu hingga ketitisan darah yang terakhir .Aduhai ! hebatnya siap dengan tayangan visual tentang kehebatan kesultanan Perak .
Kita mahu ingatkan bahawa yang memekik ' daulat tuanku ' didalam PWTC itu akan ramai dibuang kerja jika ekonomi terus meruncing .
Buat penyokong PR juga ,kita saling mengingati jangan terlalu tumpu kepada politik yang semakin hilang arah .
Kita berharap disamping berpolitik para pemimpin kedua - dua pihak wajib memikirkan secara serius dan bersama agar rakyat terpimpin kearah realiti semasa .
Umno janganlah terlalu bongkak jika diajak berbincang .ketika ini persiapan negara untuk menghadapi kemelesetan masih banyak yang dipertikaikan .
PR dan BN wajib duduk semeja demi kesejahteraan rakyat .Janganlah berpolitik sehingga rakyat yang hancur lebur .
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
http://kamarulbiz.blogspot.com
Penulis:
KELULUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment