Friday, February 20, 2009

TAKLIMAT ISU SEMASA PERKEMBANGAN DI PERAK

TAKLIMAT ISU SEMASA PERKEMBANGAN DI PERAK
BERSAMA



1. Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang
2. Dato Seri Ir Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin
3. Y.B Lim Bon Chye
4. Y.B Yunus


Tarikh : 22 Februari 2009 / Ahad

Masa : 9.00 malam

Tempat : Markas PAS Titi Gantong, Bota Kanan Perak.


SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI

Majlis Taklimat ini adalah semperna kunjungan Menteri Besar Perak yang sah ke kawasan Parlimen Parit.Acara ini sepatutnya diadakan di Dewan Orang Ramai Bota Kanan terpaksa diubah disaat akhir kepada Markas Pas Titi Gantong kerana masalah permit dari pihak berkuasa.Seruan kepada penduduk sekitar,agar dapat beramai ramai hadir untuk mendengar sendiri isu isu terkini di Perak.



Siri Terakhir Ceramah Kembalikan Kerajaan Rakyat di Kg Baru Bota Kanan Perak.


Ceramah penjelasan ini terus dijalankan di Kg Baru Bota pada 19hb Feb 2009, pada pukul 9.30 malam.Ini merupakan road tour yang terakhir yang akan diadakan.Seperti biasa Y.B Hj. Usaili Alias ialah penceramah utama dalam siri ini dan Encik Anas bertindak sebagai pengerusi majlis.Manakala Ketua Kampung Baru iaitu Encik Zakaria selaku tuan rumah.

Beliau telah membuat penjelasan tentang isu terkini iaitu pergantungan Zamri Kadir kerana setuju dilantik menjadi MB dan Exco secara tidak sah.Pergantungan dan larangan memasuki dewan kepada Zambri selama 18 bulan dan enam Adun BN selama 12 bulan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri adalah sah kerana Speaker sememangnya mempunyai kuasa yang sah di bawah Undang undang Tubuh Negeri untuk menjatuhkan hukuman kepada Adun –Adun yang telah melanggar peraturan dan memalukan Dewan Undangan Negeri.

Beliau juga turut membidas tindakan Zambri yang melantik 4 orang penasihat bertaraf exco yang dianggapnya telah melanggar peraturan dan pembaziran wang rakyat.Dianggarkan belanja yang bakal dikeluarkan untuk ketiga tiga orang penasihat adalah sebanyak RM 1 juta setahun.Penyalahguna kuasa ini telah dilaporkan oleh Adun Pantai Remis iaitu Y.B Nga Khor Meng.

Haji Usaili menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan sekali kali menderhaka kepada DYMM Duli Sultan sambil menyatakan dalam banyak kes terbukti Umno lah yang banyak menderhaka kepada Sultan.Ini boleh dibuktikan dari kes perlantikan Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak yang tidak dipersetujui oleh Al Marhum Sultan Idris.Beliau juga menyatakan bahawa semua Ahli Majlis,Pengerusi JKKK , JKKK dan Ketua Kampung boleh menjalankan tugas mereka seperti biasa kerana perlantikan mereka masih sah dari segi undang undang.

Beliau juga mengesa para pendokong Pakatan Rakyat terus bekerja gigih dalam membantu untuk Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang.Beliau meminta agar rakyat bersabar dan terus berdoa dan bermunajat kapada Allah agar Pakatan Rakyat akan terus memerintah Negeri Perak demi kesejahteraan rakyat.

No comments:

Linkwithin